DIY Diamond Mirror Bajet Serendah RM350

Ditulis oleh

Cermin merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam rumah. Sekiranya ianya tiada di rumah, sudah pasti mampu mendatangkan kegelisahan buat kaum wanita kerana dengan adanya cermin, mereka akan merasa lebih yakin untuk keluar ke pasar raya. Seperti yang kita tau di mana pemilihan cermin adalah sangat penting untuk memberikan impak ruangan agar nampak ruang rumah lebih luas. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy diamond mirror bajet serendah rm350.

Menerusi perkongsian daripada Puan Diyanah Salim melalui Facebook Kelab Kaki Deko, di mana beliau telah berkongsikan cara-cara untuk membuat cermin ala-ala diamond mirror. Percaya atau tidak harga cermin tersebut sekiranya mengikut harga pasaran boleh mencecah ribu riban namun puan diyanah hanya menggunakan RM 348.90 sen sahaja. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian diy daripada beliau.

DIY Diamond Mirror Bajet Serendah RM350 :

Seperti yang dijanjikan, cik nana share kos dan cara buat cermin ala ala diamond mirror yg kalau order dekat luar selalunya besar ini dalam rm1.5k kot.
Tapi yang dorang pakai memang jenis cermin yang nampak mewah sebab cermin tu dah berlekuk.
Cik nana pulak buat bajet cik nana.
Kalau rasa murah, alhamdulillah.
Kalau rasa mahal, cuba cari cermin yang lagi murah.

Bahan-Bahan yang diperlukan :

 

Kos dan brg yg diperlukan untuk buat cermin ala ala diamond mirror :-
  • LOTS mirror Ikea - 4pcs per set - RM29.90
  • Cik nana beli 9 set = 36pcs - RM269.10
  •  Cik nana guna 32pcs. Saja beli lebih sbb incase kalau pecah ada backup.
  • Gam cermin beli dkt diy 2 batang = RM8/pcs
  • Mirror cutter beli dkt diy = RM5
  • Spray putih untuk kayu = RM8
  • Kayu wainscoting 1 batang = RM5.95/batang
  • laser untuk menetapkan ukuran bagi wainscoting( Boleh dibeli di shopee)
  • Cik nana guna 4 batang =RM23.80 sen
  •  (panjang sebatang 7 kaki)
  •  Cermin tu cik nana hantar potong siap2 dkt kedai sbb tak confident nk potong sendiri . Potong 8pcs akan dpt bentuk cermin 3 segi  16pcs = RM35
Total semua kos : RM348.90 sen

Cara-cara untuk membuatnya :

  • Mula2 cik nana ukur dulu besar mana frame untuk cermin nak buat.
  • Lepastu potongkan kayu ikut ukuran yg tepat.
  • Ambil cermin untuk tengok ngam atau tak dgn ukuran frame.
  • Pasangkan frame pada dinding. Pastikan center dan tegak betul2 supaya nnt masukkan cermin tak lari ukuran.
  • Tampal cermin bermula dari border dulu dan berselang seli dgn cermin 4 segi.
  • Jgn pasang border sampai habis sbb risau nnt ada byk gap antara cermin. So selang seli kan dia.
  • Tampal sampai habis then siap.
  • Lap cermin untuk hilangkan kesan jari yg letih dan gigih tampal semua cermin tu

Mesti pelik kan, beli mirror cutter tapi kenapa hantar kedai.

Cik nana guna jugak mirror cutter tu sbb ada bahagian yg kena kecikkan sikit. So cut je sendiri. Biasa lah org tak pakar buat. Mesti lah bukan perfect 100%
Tp skrg dah tau teknik. So dah tau nk buat lps ni mcm mana dgn lebih kemas
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 29, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 29, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram