Kawasan dapur rumah memang boleh dikatakan satu kawasan yang dikunjungi setiap masa sama ada mahu memasak atau pun mahu mencari makanan ketika lapar. Memiliki dapur yang cantik memang menjadi impian setiap pemilik rumah terutamanya golongan suri rumah yang sering menggunakan dapur untuk memasak. Perkongsia Giler Deco pada kali ini adalah dari Aizam Yusof. Perkongsiannya adalah mengenai diy dapur berusia 13 tahun kepada gaya glamor simple.
Sangat menarik apa yang dilakukan oleh lelaki ini. Dapur lama yang berusia lebih kurang 13 tahun kini diubahsuai menjadi dapur simple yang kelihatan mewah.
Jadi jom ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan oleh lelaki ini.
Saya share dapur saya sebelum dan selepas. Upgrade sikit jer. Tiles, table top, sinki dan juga lantai spc. Termasuk 1 pintu ke ruang tv dan juga ratakan dinding bahagian kiri yang ada dinding bercorak.Kos keseluruhan 14k +Selamat mendeco semua.
Ini adalah keadaan Dapur asal. Sejak buat 13 tahun lepas.
Ini adalah semasa proses penukaran kabinet dapur.
Proses diy dilakukan lagi dengan gigih.
Ini adalah keadaan ruang dapur selepas diubahsuai dengan gaya baru yang cantik dan kelihatan mewah.
Keadaan dapur dari sudut pandangan berbeza.
Just nice and simple.
Pintu yang memisahkan dapur dan ruang tv. Belum di touch up lagi. Frame kena cat warna putih.