DIY Cermin Hexagon Viral Warna Gold Bajet RM50 Sahaja

Ditulis oleh

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) diperkenalkan semula dinegara kita ini, pasti ramai antara follower Giler Deco sibuk mendeko rumah. Ada juga memuatnaikkan gambar sedang deko dilaman media sosial.

Ada yang sedang menghias rumah, ada juga yang membuat barang-barang DIY dan juga membuat susunan didalam bilik. Selain semua itu, cermin hexagon juga menjadi viral kerana meletakkan cermin boleh menjadikan rumah nampak luas dan eksklusif.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara-cara dan juga bahan yang diperlukan untuk membuat cermin hexagon viral secara DIY. Jom kita tengok.

DIY Cermin Hexagon Viral Warna Gold Bajet RM50 Sahaja!!

Hasil DIY cermin hexagon ini dikongsikan oleh seorang lelaki didalam laman sesawang Facebook yang bernama Muhammad Hafifi. Beliau telah postkan hasil beliau didalam group "Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY".

Viral punya pasal sampai dapat kami cari..habis terus last tinggal kat kami..hanya tinggal saiz kecik je..ingat nk cari warna gold tapi dah habis, beli spray gold sparkling buat sendiri warna.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Cermin hexagons 1set 3pcs
  • Colour : gold/black/silver
  • Besar : RM17.50
  • Kecil : RM12.90
  • Spray sparkling gold : RM7.45

 

Cermin Hexagon Viral

Lokasi yang kami beli cermin hexagon ini adalah di kedai Mr.DIY Aeon Big Falim Ipoh. Cerminhexagon ini dapat dibeli diseluruh cawangan Mr.DIY Malaysia.

Cermin Hexagon Viral

*Kalau nak lekatkan cermin tu kat dinding elok guna “nail glue” atau ” hot glue gun” baru kuat sikit ada contoh dalam gambar..nak pakai double tape pun boleh tapi kena berdouble letak sebab permukaan tak rata sangat.

*Pakai masking tape untuk tutup cermin sebelum process spray (kena gigih sikit la..hehe) Masa nak spray tu kena betul-betul, jangan spray waktu ada angin..spray waktu tengah hari panas..baru merelip.

Sumber : Muhammad Hafifi

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Kos Membuat Penyidai Kain Ikea Bermodalkan RM40 Sahaja?!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 23, 2021
Dikemaskini pada
Januari 23, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram