Siapa yang tak sakit hatikan apabila tengok wayar yang panjang bersepah dan berbelit lagi di atas lantai kan? Macam serabut jer tengokkan? Korang boleh jer buat satu projek diy cable management untuk mengatasi masalah wayar yang bersepah diatas lantai ini.
Cara untuk melakukan DIY ini bolehlah rujuk kepada perkongsian daripada Dila Akashah ini. Beliau melakukannya dengan menggunakan 3 barang sahaja. Yang penting hasil DIY tersebut telah pun menyelesaikan masalah wayar yang berbelit.
Jika anda ingin ketahui bagaimana DIY ini dilakukan Jom ikuti cara-cara yang dikongsikan oleh Dila Akashah ini.
Hi. Nak share cara saya buat cable management area TV yang ada macam2 benda ada macam2 wayar. Kos bawah RM10 je.
Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini
Cara Untuk Melakukan DIY Cable Management
Gambar sebelum. Ada wayar TV, plug extension, modem unifi, wifi router dan wayar-wayar lain yang berselirat sana sini.
3 benda ni je. PVC case beli dekat kedai hardware, cable tight dan double sided tape beli dekat mr.diy.
Ikat wayar dan lekatkan PVC case kat mana2 tempat yang sesuai. Kena buat lubang sikit dekat PVC case utk keluar masuk wayar. Lebihan wayar sorok dalam tu.
Wifi router pun saya sumbat sini. Sakit mata tengok sepah2. Modem pulak letak dalam kabinet TV. Setakat ni tak menjejaskan speed internet walaupun duduk dalam bilik.
Siap juga akhirnya DIY yang dilakukan ini.
Sumber : Dila Akashah