Dekorasi rumah yang berkonsepkan boho memang tidak asing lagi pada zaman kini. Kebanyakan pemilik rumah suka menggunakan konsep boho ini adalah kerana dekorasinya seakan-akan dapat memberi mood keceriaan terhadap rumah. Konsep boho ini sebenarnya berasal dari kaum nomad yang menetap di Eropah satu ketika dahulu. Perkongsian kali ini adalah dari warganet facebook iaitu Ai Rein mengenai diy Bohemian wall hanging untuk rumah yang menggunakan konsep boho.
Bohemian wall hanging ini biasanya orang guna tali, nak beli tali tu guna kos, jadi kita fikir yang tak guna kos tapi masih cantik.
Jadi ini adalah bahan-bahannya, baju ini adalah baju lama suami yang sudah tidak dipakai. Wallpaper dan batang paip itu pun yang sudah sedia ada. Memang langsung tidak mengeluarkan modal.
Untuk permulaan, balut batang paip ini. Kalau anda tidak mahu balut pun tidak mengapa, sebab kenapa dibalut adalah kerana tidak mahu warna kelabu itu kelihatan. Saiz bergantung kepada design yang anda pilih.
Selepas batang paip sudah dibalut, langkah seterusnya adalah membuat tali untuk sangkut pada dinding. Sebab kenapa potong baju pada bahagian bawah yang berjahit itu adalah kerana kawasan itu agak keras sedikit. Untuk tali, gunakan 3 baju untuk 3 tali.
Apabila sudah dipotong, simpulkan duhulu bahagian atas. Langkah ini adalah untuk membuat jalinan.
Ini adalah hasil apabila siap dijalin.
Selepas itu masukkan dalam batang paip dan ikat dengan kemas bagi cantik. Siap untuk body utama dia.
Langkah seterusnya adakah untuk membuat tali yang berjuntai. Potong baju macam gambar di atas, saiz mengikut citarasa anda nak potong kecil sedikit pun boleh. Tapi jangan terlalu kecil sebab nanti kita nak tarik baju itu. Pastikan anda potong sama besar. Potong juga bahagian tepi satu side untuk bagi panjang. Gunting semua baju kecuali yang warna hijau tadi. Yang hijau itu nanti dulu.
Selepas siap dipotong, anda kena tarik-tarik baju itu supaya jadi bergulung macam ini. Kena guna baju kain cotton sebab senang tarik. Kemudian, simpulkan pada batang paip tadi satu persatu semua warna. Untuk penuhkan batang paip itu anda kena rapat-rapatkan semua kain tada. Supaya tidak nampak batang paip itu.
Langkah seterunya adalah untuk membuat bahagian tepi dia, ambil yang warna hijau dan warna pilihan. Pastikan yang ini potong besar daripada tadi. Selepas itu anda gulungkan dua kain itu, ikat dan selesai. Jarum dan benang tadi untuk jikalau anda tidak cukup kain, anda boleh sambungkan. Jahit bahagian hujung dia selepas itu ikat macam biasa. Yang berjahit itu pastikan duduk dekat belakang supaya tidak nampak.
Ini adalah hasil yang sudah siap. Selamat mencuba!
Baca juga : Macam Sarang Kuntilanak ! Pasangan Ini Transformasi Rumah Lama Yang Ditinggalkan Menjadi Teratak Yang Indah!