DIY Bakul Parcel Khas Untuk Letak Parcel Waktu PKP

Ditulis oleh

Musim PKP ni nampaknya ramai yang duduk rumah dan order makanan melalui online kan? Apabila order online ni, pastinya abang delivery kena tunggu kita keluar dahulu baru boleh bagi makanan dengan selamat. Kita pula kadang-kadang kena tunggu takut terlepas pandang makanan kita.

Untuk elakkan perkara sebegini, seorang lelaki bernama Munjep Berjanggut memikirkan idea yang bernas iaitu dengan membuat DIY bakul parcel. Tujuannya untuk abang delivery kita meletakkan barangan didalam bakul tersebut.

Nampak simple sahaja namun besar manfaat untuk abang-abang delivery kita ni. Jadi, apa kata kita tengok perkongsian daripada Munjep Berjanggut ini cara untuk membuat DIY bakul parcel khas ini yang senang dan menarik.

DIY Bakul Parcel Khas Tempat Untuk Letakkan Barangan Anda

TAJUK : BAKUL PARCEL
Assalamualaikum. Musim PKP ni mesti ramai yang order makanan atau beli barang online kan, termasuklah saya. xlarat nak gado2 keluar sambut delivery, jadi saya buatkan bakul parcel di pagar rumah.

Cara Membuat DIY Bakul Parcel Khas

1. Ni lakaran sebelum kaki bakul dibuat. Ukuran dibuat berdasarkan bakul dan pagar saya. panjang keseluruhan besi kaki 34 inci x 2 batang = 68 inci.

DIY Bakul Parcel

2. Alatan yang digunakan. Besi dan tukul pada mula-mulanya.

DIY Bakul Parcel

3. Guna tukul sangat susah untuk dibentuk.

4. Akhirnya, menggunakan apit baru boleh buat kerja.

5. Buatkan sampai ia berbentuk 90 darjah macam ni.

DIY Bakul Parcel

6. Inilah dia hasil bentuk kakinya.

7. Dekat penyangkut tu letak sikit lapik, supaya pagar xcalar, xdelah berkarat pagar tu.

8. Kaki dengan bakul diikat dengan rivet. 4 biji rivet saya gunakan

9. Sampai malam dikerjakan, baru jer siap. Bakul tu kat dalam, kat luar pagar tu letaklah signage untuk abang delivery letak barang di dalam bakul tu.

DIY Bakul Parcel

10. Contoh signage yang saya telah lakukan.

DIY Bakul Parcel

Hasil Akhir DIY ini

Akhirnya penghantar abc dan juga rojak telah pun merasmikan terlebih dahulu bakul khas diy ini. Hehehe

DIY Bakul Parcel

Sumber : Munjep Berjanggut

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 20, 2021
Dikemaskini pada
Jun 20, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram