Kalau bercakap tentang accent wall rata-rata pemilik rumah memang cukup mengenalinya. Mana tidaknya, dengan adanya dekorasi accent wall dapat membuatkan rumah anda kelihatan cantik dan berseri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Emelia Md Ali. Perkongsiannya adalah mengenai diy accent wall yang sangat murah, mudah dan simple.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.
DIY Accent Wall Mudah Dan Simple :
Alhamdulilah dapat siapkan accent wall di rumah sendiri. Sebelum ini cemburu je tengok kat wall facebook orang punya. Kos murah sahaja. Kesabaran yang tinggi nilainya. Tak sabar boleh melayang kayu spin kat Mana-mana.
Bahan-bahan :
1) Kayu spin. Ini saya guna saiz lebar 3inci. Panjang kayu ikut dinding masing-masing. Saya ambil panjang 10kaki. Cari yang 2 inci habis. Mula-mula ingat tak cantik. Bila sudah jadi cantik pula. Saya beli 15 batang. Harganya ialah (Rm7.00 x 15 batang).
2) Sealant Wood. Ini untuk lekatkan kayu pada dinding. Saya beli 2 botol harganya ialah
(Rm11.00 x 2 b0t0l).
3) Silikon sealant. Ini untuk tutup rongga-rongga kayu yang tak berapa lekat kat dinding. Fungsi untuk lebih kemas. Warna putih isi dalamnya ya. Saya guna 2 botol. (RM7. 00 x 2 b0t0l).
4) Kertas pasir secukup rasa
5) Tape secukup rasa. Untuk mudahkan kerja.
6) Gergaji. Saya guna gran sahaja. Lebih cepat untuk buat kerja.
7) Cat pula adalah kalau boleh guna jenama nippon satin 2 liter cukup kalau dinding tak besar seperti ini.
8) Apa yang penting untuk melakukan diy ini adalah anda memerlukan sebakul kesabaran.
Design yang ingin dihasilkan boleh mengikut citarasa masing-masing. Anda boleh google sahaja jenis yang macamana anda inginkan.
Ini adalah gam sealant wood.
Hari 1: buat frame
Design ikut kreativiti
Proses pemasangan
Siap pasang
Kemasan dengan silikon sealant.
Proses mengecat.
Siap dan inilah hasilnya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk melakukan
diy accent wall dirumah nanti. Semoga bermanfaat.