Pemilik rumah mana yang tidak tertarik dengan dekorasi rumah dengan menggunakan konsep accent wall dan grand mirror yang semakin menjadi trend di Malaysia pada ketika ini. Hal ini kerana, dengan penghasilan konsep dekorasi sebegini dapat membuatkan bahagian dalaman rumah tampak lebih ceria dan berseri-seri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Rose Aida Hashim. Perkongsiannya pula adalah mengenai dekorasi rumah dengan gaya grand mirror dan accent wall.
Selain itu, apa yang membuatkan perkongsian ini menarik adalah kerana penghasil Grand Mirror dan accent yang dilakukan ini adalah 100% DIY hasil air tangan suaminya demi merealisasikan impian isteri untuk memiliki gaya rumah seperti ini.
Jadi, jom sama-sama kita saksikan penghasilan diy yang sangat menarik ini.
Dah lama nak dinding cermin dan accent wall macam ini. Nak upah orang buat mahal, jadi minta tolong suami buatkan. Hasil dari tangan suami sendiri. Suami kata deko sikit-sikit bila ada bajet demi merealisasikan impian isteri.
Dahulu sangat kelihatan kosong pada bahagian ruang tamu ini.
Proses pemasangan bingkai kayu wainscoting dengan cara simple sahaja.
Keadaan ruang tamu sebelum susun atur perabot dilakukan semula.
Keadaan ruang tamu setelah perabot selesai disusun semula.
Ini adalah bahagian ruang makan semasa pertama kali pasangan ini melakukan diy grand mirror.
Ini pula dekorasi rumah berkonsepkan accent wall.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi rumah secara diy pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mengubahsuai rumah dengan cara diy. Semoga bermanfaat.