Wainscoting Ruang Tamu Hasil Belajar Dari Facebook

Ditulis oleh

Pada masa kini, boleh dikatakan semua orang sudah pandai dan mahir dalam melakukan ubahsuai rumah dengan cara DIY. Hal ini kerana, pada zaman yang penuh dengan teknologi kini, segalanya dihujung jari. Jika dahulu agak susah untuk mencari sumber rujukan untuk penghasilan wainscoting ruang tamu, tetapi pada masa kini, anda hanya perlu cari sahaja di platform Youtube.

Selain itu, di group facebook juga, terdapat banyak perkongsian cara melakukan diy yang dikongsikan oleh ahli group di sana. Seperti yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Shah Yana. Projek wainscoting ruang tamu yang dilakukan ini adalah hasil belajar dari Facebook.

Jadi, jom ikuti perkongsian diy yang menarik ini.

Wainscoting Ruang Tamu

 

Nak upah orang, mahal sangat, Gigih belajar dalam group ini dan dengan bantuan youtube juga. Akhir siap wainscoting simple.

Projek seterusnya pula suami kata mahu buat satu rumah gaya macam ini.

 

Ini adalah semasa proses pemasangan wainscoting pada penjuru bawah ruang tamu. Wainscoting yang digunakan adalah bukan jenis kayu, ia adalah jenis pvc.

diy wainscoting

Proses-proses pemasangan secara diy masih lagi diteruskan. Proses melekatkan wainscoting itu pada dinding dengan menggunakan gam Xbond. Selepas itu, jika mahu kemaskan kawasan yang dipasang wainscoting itu boleh guna white silicon. Jika pada bahagian lantai, boleh pakai silicon jenis cerah.

Wainscoting Ruang Tamu

Keadaan bahagian dinding ruang tamu selepas diubahsuai.

Wainscoting Ruang Tamu

Keadaan dinding dari sudut pandangan lain. Warna cat yang digunakan adalah jenama Nippon barky white.

Wainscoting Ruang Tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam memberi semangat untuk melakukan dekorasi pada dinding seperti ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 17, 2022
Dikemaskini pada
Februari 17, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram