Apabila membeli rumah yang berusia hampir 30 tahun ini kita sudah jangka macam mana dekorasi rumah tersebut bagaimana. Kadang-kadang ia akan tidak kemas dan banyak barang yang tidak dipakai dibiarkan begitu sahaja.
Jadi, untuk kemas-kemaskan rumah lama ni. Asz Iza bercadang untuk membuat dekorasi menyeluruh rumah tersebut tanpa apa-apa renovasi terlibat. Deko tersebut adalah dengan membeli perabot baharu dan mengecat rumah tersebut dengan warna baru.
Jadi, kepada anda yang ingin melihat bagaimana rupa sebelum dan selepas dekorasi rumah tersebut yang dilakukan oleh Asz Iza ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau didalam dalam laman media Facebook ini.
Alhamdulillah, saya saja nak share deco rumah pertama kami pada tahun 2021. Rumah ni dah berusia 30 tahun dan masih lagi kekal design dia tanpa apa2 renovation.
Disebabkan saya suka menghias rumah, jadi semua yang ada dalam rumah ni pilihan saya. Dari cat sehingga ke perabot suami serahkan kepada says. Memandangkan dia tak berapa sangst bab deco2 rumah ni, kalau deco kereta boleh lah.
Saya nak share bahagian ruang tamu dan makan jer. Bilik tidur kita share lepas siap deco. Saya share gambar sebelum dan selepas.
Gambar Sebelum Dekorasi
Ini adalah gambaran ruang tamu sebelum dekorasi dilakukan oleh saya. Biasalah rumah lama kadang-kadang bersepah sana sini. Lepasni, kita lakukan dekorasi yang cantik.
Bahagian tangga tersebut dah cantik, jadi saya takkan kacau bahagian ruangan tersebut.
Bersepah pada awal-awal masuk kerumah ini.
Selepas Dekorasi Dilakukan
Ini adalah deko rumah yang dilakukan. Penggunaan warna tema kuning dan hitam seakan-akan "Gold Black" ini memang sepadan.
Inilah dia bahagian ruang tamu tadi. Perabot saya yang pilih nak yang bagaimana. Suami tak pandai bab-bab deko ni tapi dia bahagian realisasikan impian deko saya ini.
Bahagian dining table ataupun ruang makan. Nak makan ramai-ramai pasni baru rasa selesa.
Sumber : Asz Iza