Adakah anda sekarang sedang mencari idea ataupun inspirasi untuk melakukan sesebuah dekorasi pada rumah anda? Jika ya jadi anda pastinya suka akan dekorasi rumah yang dilakukan oleh Joe Saari 2021 ini.
Dekorasi yang dilakukan oleh Joe Saari ini adalah pertukaran tema warna daripada yang dahulu kepada yang baru. Jika dahulu dekorasi rumah menggunakan tema warna Navy Blue. Sekarang dekorasi rumah beliau yang terbaharu untuk 2021 ini merupakan tema warna Emerald Green.
Jika anda ingin melihat pertukaran tema warna untuk dekorasi rumah ini. Jom kita tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Joe Saari ini.
SHARING IDEA-Tukar Warna Tema
Nak share cara kami tukar tema warna untuk dekor raya 2021 tanpa kos yang besar. Dari tema Navy Blue (gambar akhir) kepada tema Emerald Green
Dekorasi Rumah Yang Bertemakan Warna Emerald Green
1. Dari awal masuk rumah dulu, kami setkan benda yang susah nak tukar kepada warna natural/earth (white & grey) sebagai dominant colour untuk keseluruhan ruang. Sebab warna ni sesuai mix dengan semua warna in case kita nak tukar tema. So perabot dan wall kami pilih warna-warna ni.
Effect: Ruang nampak luas, kemas & bersih. Tp kena rajin nak mentain sebab ada anak kecik.
2. Untuk warna tema yang kontra dengan warna dominant tadi, kami tetapkan pada item atau aksesori sahaja macam langsir, karpet, frame gambar, vase & bantal kusyen. Benda ni lebih mudah nak tukar, mudah simpan & kos tak mahal compare kalau kita tukar perabot atau tukar cat dinding kan?
Effect: Bila kita pilih item tertentu sahaja utk pilihan warna tema, takde la berpinar mata bila masuk rumah.
3. Untuk tak nampak boring, kami mix kan sedikit dengan warna ketiga which is sangat minima penggunaannya. Kami pilih warna gold. Biasa warna ni kita pilih pada item yang kecik-kecik macam vase, calitan corak pada karpet atau frame gambar, bunga dan lain-lain. Jangan banyak sangat nanti tenggelam warna tema asal tu.
Effect : Terus naik seri ruang tu! InsyaAllah
Jika anda ingin melihat penggunaan tema warna yang sebelum ini iaitu Navy Blue boleh klik link dibawah ini.
https://www.facebook.com/groups/356967364511355/permalink/1583051505236262/
Sumber : Joe Saari