"Bestnyer kalau kat rumah mempunyai sebuah dekorasi "open kitchen" yang cantik diletakkan pada bahagian rumah. Boleh lah nak lepak ataupun bersantai kat ruang situ sambil menghirup air kopi atau teh yang hangat"
Mesti ramai yang menginginkan sebuah open space pada bahagian halaman rumahkan? Boleh lepak dengan keluarga tersayang dan juga melepak disitu malam-malam sambil menghirup udara yang segar macam yang dikongsikan oleh Nora Tahir ini.
Ingin melihat dekorasi open kitchen milik Nora Tahir ini? Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Dulu Lepas Buat Dapur Basah Open Gini Rasa menyesal sangat
Sebab ikutkan hati nak buat Ala2 Moden tapi En suami Minat Tradisional. Jadi dia banyak Main dgn kayu
Tapi sekarang ni rasa seronok sangat sebab musim Covid dah tak boleh pergi mana2. Jadi masa kami banyak abis kat rumah je.
Jadi kami banyak lepak2 malam2 kat Wakaf Ganu tu main masak2 dan pasang kemah untuk anak-anak.Alhamdulillah seronok sgt sebab suasana Macam Resort Klasik dan suasana sangat best bila waktu malam dengar bunyi katak, bunyi cengkerik. Suasana kampung sgtJika Hujan Lagi best. Sejuk jer sambil layan sambil minum kopi O
Dekorasi "Open Kitchen" Yang Cantik Pada Halaman Belakang Rumah
Inilah dia rupa keadaan sekeliling kawasan open kitchen saya ini. Malam-malam mesti datang sini lepak dengan keluarga tersayang sambil menikmati air teh atau kopi. Hehehe.
Ramai tanya kalau open macam ni air hujan tempias ataupun tidak. Air hujan tidak akan tempias sebab masa struktur ini dilakukan ia sememang dilakukan untuk menghalang daripada apa-apa air tempias kedalam.
Sumber : Nora Tahir