Seperti yang kita tahu bilik untuk orang bujang dan orang yang sudah berkahwin sangat berbeza. Perbezaan itu dapat dilihat bukan saja dari saiz katil tetapi juga dari segi dekorasi dalaman bilik tersebut.
Untuk menghias satu bilik itu tidak perlu pun mempunyai bajet yang besar tetapi cuma memerlukan daya kreativiti yang menarik sahaja.
Bila dapat tahu tarikh anak nak berkahwin ibunya yang kalut. Nak mendekorasi bilik yang kecil dengan bajet yang rendah memag agak memeningkan kepala. Kami bermula dari menjual katil single anak dan meja belajarnya. Selepas itu kami panggil wireman untuk tanam semua wayar yang ada, betulkan lampu dan lain-lain.
Saya inginkan sedikit kelainan jadi terfikir nak buat wainscoting. Saya bertanya berapa harganya lalu diberitahu mampu cecah sampai 1k lebih. Itupun baru untuk satu bahagian dinding sahaja. Jadi saya bernekad untuk pasang sendiri. Kami tiga beranak yang memasangnya, akan tetapi punyalah bertekak sampai ada yang berkecil hati.
Memang nampak mudah dan senang tetapi sangat rumit. Setelah selesai pasang, anak memilih warna cat yang lebih ke tona warna kelabu. Saya pun mula mencari katil di aplikasi Lazada.
(PACKAGE SET) Goodnite SpinaHealth Spine Pro Full Bed Set Package Mattress + Bed Frame Queen / King (Tilam + Katil).
Link Lazada : https://invol.co/cl4506m
Bukan senang mahu mencari perabot dengan bajet yang terhad dan bersesuaian dengan citarasa anak. Agak lama jugalah saya mencari. Karpet juga saya beli di Lazada dan harga lebih murah sebab nipis.
Zalalo Karpet : Link Lazada : https://invol.co/cl4507t
Side table tu saya beli ketika Lazada ada buat sale 11.11. Dari rm300 saya dapat rm100 dan setelah dipasang ianya sangat berpuas hati.
Drawer : Link Lazada : https://invol.co/cl4508l
Ini adalah keadaan bilik selepas diubahsuai dengan menggunakan barangan Lazada.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat dikongsikan oleh warganet facebook ini iaitu Zaliha Ahmad. Diharap perkongsian ini dapat memberikan idea yang bernas dan menarik untuk anda iaitu pembaca Giler Deco. Dalam merealisasikan impian untuk menghias atau mendekorasi bilik sendiri selepas berkahwin nanti. Itu sahaja yang dapat dikongsikan oleh kami untuk hari ini. Sekian terima kasih.