Menjadikan sesuatu bilik itu cantik dengan dekorasi-dekorasi mengikut idea kreativiti sendiri memang menjadi idaman semua orang terutamanya golongan wanita. Dekorasi yang cantik tidak semestinya hanya untuk tatapan orang luar sahaja tetapi untuk tatapan pemilik rumah juga. Untuk perkongsian kali ini adalah mengenai dekorasi bilik berpantang.
Perkongsian kali ini berlainan sedikit dari yang sebelum ini kerana kali ini bilik yang didekorasikan adalah bilik untuk berpantang. Siapa sangka wanita yang sarat mengandung mampu menghiaskan bilik secantik ini untuk tatapan diri sendiri dan anak yang bakal dilahirkan agar dapat berpantang dalam keadaan selesa.
Itulah yang dilakukan oleh Nurul Nabihan sebagai persiapan sebelum bersalin dengan mendekorasikan bilik untuknya berpantang dengan dekorasi yang sangat menarik. Yang menariknya adalah dekorasi yang dihasilkan sangat simple dengan hanya menggunakan warna pucat sesuai untuk berpantang.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
[foogallery id="6180"]
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco kepada anda untuk hari ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu ibu yang ingin bersalin untuk tinggal didalam keadaan yang selesa untuk berpantang. Tidak salah jika anda menyediakan kelesaan untuk isteri anda semasa melahirkan dan berpantang nanti. Isteri berhak mendapat layanan yang sangat istimewa kerana beliau bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda sendiri. Apa yang paling penting adalah jangan pernah berkira dengan isteri. Isteri yang ceria dapat menjadikan ruamh tangga anda lebih bahagia. Selamat mencuba dalam dekorasi ruang dan bilik berpantang untuk isteri tercinta.