Tinggal dirumah sewa bukanlah menjadi isu untuk anda mengabaikan keadaan persekitaran rumah sewa yang anda mahu diami itu. Hal ini kerana rumahs sewa juga berhak untuk dideco dengan gaya yang cantik dan kemas. Lagi-lagi jika pemilik rumah tersebut boleh bertolak ansur dan membenarkan anda untuk deco rumah sewa tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga seorang ibu iaitu Erina Fayraa. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah sewa lama hanya guna barang shopee.
Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
Hai assalamualaikum semua.
Saja nak share rumah sewa kita. Sewa je bukan rumah sendiri tapi kita nak jaga macam rumah sendiri sebab kita nak duduk lama sampai anak tiga laki kita cakap.
Semua kita diy je, sebab bukan ada bajet sangat pun. Alhamdulillah owner baik sangat so tolak daripada sewa rumah. Banyak yang kena repair sebab lama tidak berpenghuni. Tapi takpe sebab dapat rumah bawah kan. Kita sanggup.
Deco-deco tu banyak kita beli kt eco, mr diy & shopee. Carpet beli yang preloved kat carousell. Sofa tu sofa owner, kita beli sofa cover je kat shopee color yang kita nak. Wallpaper, vinyl floor, pokok kat shopee. Lampu kat dapur tu beli kt lazada. Lampu kat meja makan kat luar tu diy satu-satu jadi macam tu.
Gambar bilik kita up nanti.
Thank you sudi tengok hasil kerja kita yang tak seberapa ni.
Living hall yg telah dibersihkan.
Dapur agak suram.
Living hall tingkat atas, terlalu banyak barang yang kena buang.
Bilik kami sebelum ini.
Ini bilik dah siap cat & flooring. Tapi dah start naik fungus sebab silap beli cat. Tak apalah pakai dulu sebab jadi corak-corak simen gitu cantik juga.
Diy wainscoting sendiri sahaja. Petak-petak itu frame kedai eco. Bingkai tengah kayu wainscoting betul.
Hall bawah yang dah di cat.
Living hall tingkat atas tadi, tempat lepak tempat makeup segala tempat kat sini. Cuma frame gambar yang tak ada lagi, tv, itu nanti lah.
Mula-mula letak sofa depan tv, tapi macam panas tak kena kipas. Lepas tu ubah. Frame semua kat tv belum letak, letak ape yang ada sahaja dulu.
Tak berapa kemas, tapi ada rupa la kan?
Ingat nak letak cermin IKEA tu banyak-banyak kat situ, tapi esoknya habis jatuh berkecai satu-satu. So tak jadi letak. Yang dah lekat itu biar sahaja dulu nanti kita buka.
Dapur dalam proses jugak. Cat semua balik. Nanti kita up baru. Terima Kasih sudi tengok .
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap bermanfaat.