Deco Rumah Sewa Lama Hanya Guna Barang Bajet

Ditulis oleh
+1

Tinggal dirumah sewa bukanlah menjadi isu untuk anda mengabaikan keadaan persekitaran rumah sewa yang anda mahu diami itu. Hal ini kerana rumahs sewa juga berhak untuk dideco dengan gaya yang cantik dan kemas. Lagi-lagi jika pemilik rumah tersebut boleh bertolak ansur dan membenarkan anda untuk deco rumah sewa tersebut. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga seorang ibu iaitu Erina Fayraa. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah sewa lama hanya guna barang shopee.

Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.

Deco Rumah Sewa Lama Tidak Berpenghuni Hanya Guna Barang Shopee :

 

Hai assalamualaikum semua.

Saja nak share rumah sewa kita. Sewa je bukan rumah sendiri tapi kita nak jaga macam rumah sendiri sebab kita nak duduk lama sampai anak tiga laki kita cakap.

Semua kita diy je, sebab bukan ada bajet sangat pun. Alhamdulillah owner baik sangat so tolak daripada sewa rumah. Banyak yang kena repair sebab lama tidak berpenghuni. Tapi takpe sebab dapat rumah bawah kan. Kita sanggup.

Deco-deco tu banyak kita beli kt eco, mr diy & shopee. Carpet beli yang preloved kat carousell. Sofa tu sofa owner, kita beli sofa cover je kat shopee color yang kita nak. Wallpaper, vinyl floor, pokok kat shopee. Lampu kat dapur tu beli kt lazada. Lampu kat meja makan kat luar tu diy satu-satu jadi macam tu.

Gambar bilik kita up nanti.
Thank you sudi tengok hasil kerja kita yang tak seberapa ni.

Living hall yg telah dibersihkan.

deco rumahDapur agak suram.

deco rumahLiving hall tingkat atas, terlalu banyak barang yang kena buang.

Bilik kami sebelum ini.

deco rumahIni bilik dah siap cat & flooring. Tapi dah start naik fungus sebab silap beli cat. Tak apalah pakai dulu sebab jadi corak-corak simen gitu cantik juga.

deco rumahDiy wainscoting sendiri sahaja. Petak-petak itu frame kedai eco. Bingkai tengah kayu wainscoting betul.

deco rumah

deco rumah

deco rumahHall bawah yang dah di cat.

deco rumahLiving hall tingkat atas tadi, tempat lepak tempat makeup segala tempat kat sini. Cuma frame gambar yang tak ada lagi, tv, itu nanti lah.

deco rumahMula-mula letak sofa depan tv, tapi macam panas tak kena kipas. Lepas tu ubah. Frame semua kat tv belum letak, letak ape yang ada sahaja dulu.

deco rumah Tak berapa kemas, tapi ada rupa la kan?

deco rumahIngat nak letak cermin IKEA tu banyak-banyak kat situ, tapi esoknya habis jatuh berkecai satu-satu. So tak jadi letak. Yang dah lekat itu biar sahaja dulu nanti kita buka.

deco rumahDapur dalam proses jugak. Cat semua balik. Nanti kita up baru. Terima Kasih sudi tengok .

deco rumah Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
+1
Diterbitkan pada
Jun 15, 2021
Dikemaskini pada
Jun 15, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram