Sudah menjadi impian semua orang untuk tinggal dan memiliki rumah sendiri tetapi bukan semua orang mampu untuk memiliki rumah sendiri. Jadi disebabkan hal tersebut ramai pasangan membuat pilihan untuk menyewa dahulu sebelum memiliki rumah sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Noor Ain. Perkongsiannya adalah mengenai deco dari rumah sewa kampung kepada rumah teres murah.
Jom sama-sama ikuti perkongsian yang menarik ini.
Rumah sewa pertama dan yang terkini. Dari rumah kampung kepada rumah teres murah.
Dulu-dulu dapur sebesar alam ke dapur sekecil alam. Barang-barang baking saya terpaksa khaskan satu bilik.
Dapur saya tak ada tema. Saya hanya susun practically dan organized untuk memudahkan saya buat kerja-kerja sahaja.
Saya pegang konsep bersih dan kemas sahaja. Cantik letak tepi dulu sebab bajet tak mengizinkan lag.
Untuk detail ada pada setiap gambar.
Rumah pertama yang di sewa selepas suami dapat posting kat area pendalaman Pahang ini. Sempadan Pahang - Negeri Sembilan. Peti sejuk dan meja makan itu pun ada guru yang baik hati sedekahkan untuk kami yang baru pindah masa tu. Sekali rak yang kami letak dapur tu.
Rak yang letak dapur itu ihsan seorang guru yang sedekah untuk kami yang baru sahaja posting dekat sini 3 tahun yang lalu. Kami masih guna hingga kini. Jimat bajet sikit bagi kami yang baru pertama kali posting ni. Kami guna apa yang ada sahaja.
Bilik kecil yang dekat dengan dapur ini saya jadikan bilik baking.
Langsir hitam bawah dapur itu saya reuse daripada langsir yang suami pasang kat kereta dulu-dulu sebelum tinted. Tak nak membazir. Hitam pun hitam la. Bawah dapur itu saya letak botol-botol kicap, sos. Bahan-bahan untuk minuman.
Sebelah peti ini ada satu rak tertutup yang saya letak stok masakan. Bawah singki saya letak stok span, sabun, handwash. Rak yang dekat bawahnya saya simpan periuk-periuk. Sebelah freezer, ada satu laci yang saya susun botol-botol rempah dan bahan masakan yang lain.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga berkongsian ini bermanfaat.