Deco Rumah Kosong 900sqft Dengan Konsep "Earthly Color"

Ditulis oleh

Membeli rumah baru yang kosong tanpa perabot memang agak mencabar untuk pemilik rumah dalam mengubahsuai dan mendekorasikan kawasan dalaman rumah. Hal ini kerana anda perlu fikir dari segala aspek apabila memiliki rumah kosong seperti ini. Perkongsian kali ini adalah dari seorang warganet facebook yang menggunakan nama samaran iaitu WeekendBaker. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah kosong 900sqft dengan konsep "earthly color".

Menarik juga perkongsian kali ini adalah kerana apa yang boleh dikatakan adalah usaha pemilik rumah ini secara perlahan-lahan untuk deco rumah kosong ini. Bayangkan dari rumah kosong yang tanpa memiliki apa-apa peralatan dan perabot lalu diubahsuai dan didekorasi dengan bergaya dan cantik sekali. Aspek utama yang perlu difikirkan terlebih dahulu adalah mengenai pembelian perabot, susun perabot, pemilihan langsir dan konsep dekorasi yang sesuai.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.

Deco Rumah Kosong 900sqft Kepada Gaya Baru :

Asslamualaikum.

Saya kongsikan gambar dari kosong sampai siap berperabot. Rumah jenis town house tingkat atas end lot.

Alhamdulillah saya sangat suka sebab banyak natural light. Kecil saiznya hanya 900sqft lebih kurang dan memiliki  3 bilik tidur.

Semua perancangan deko dan lekat lantai vinyl dibuat bersama keluarga. Kami hanya sempat buat hujung minggu dan target siap sebelum puasa.

Tak ada major renovation cuma siapkan dan deco seadanya semampunya mengikut bajet.

Sebaik saja beli umah ini tahun lepas, sementara tunggu siap saya sudah beli sikit-sikit deco yang kecik-kecik.

Perabot majority dari Ssf dan saya tunggu sale baru beli. Macam meja bar stool tinggi itu hanya Rm399 dengan dua kerusi.

Saya gemarkan earthy colour sebab warm dan cozy.

Inilah dia home sweet home saya.

Semoga perkongsian ini bermanafaat.

Ini adalah keadaan ruang rumah sebelum proses diubahsuai dilakukan.

Ini adalah ketika proses ubahsuai sedang dijalankan.

Ini pula adalah ketika proses ubahsuai sedang giat dilakukan.

Ini pula adalah keadaa rumah setelah selesai diubahsuai dan didekorasikan dengan gaya baru. Cantik bukan?

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 8, 2021
Dikemaskini pada
Mei 8, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram