Diwaktu perintah kawalan pergerakan ini boleh dikatakan ramai dikalangan anda semua hanya berada dirumah sahaja. Tetapi itu semua bukan menjadi penghalang bagi adik beradik ini dalam merealisasikan impian mereka untuk ubahsuai rumah mak dan ayahnya. Perkongsian pada kali ini adalah dari Azura Halem. Perkongsiannya adalah mengenai deco rumah kampung papan guna cat epoxy.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ubahsuai rumah kampung papan yang sangat menarik untuk dikongsikan ini.
Alhamdulillah
Deco rumah papan mak dan ayah, rumah kampung/rumah papan
Lantai mak ayah simen tinggi sedikit dan cat dengan epoxy sahaja,tingkap pula memang kecil dan rendah , jadi saya tinggikan langsir untuk ilusi tinggi dan besar...
Walaupun pkp , tapi bukan alasan untuk buat mak ayah happy
Selain ruang tamu, sempat deco sekali bilik tetamu dan dapur memasak. Tapi bilik tetamu belum pasang langsir dan dapur belum siap kemas lagi.
Terima kasih adik beradik menyumbang tenaga dan lain-lain.
Ini adalah keadaan sebelum rumah ini diubahsuai dengan konsep yang lebih menarik.
Ini adalah keadaan sebelum selepas dan keadaan pada waktu malam.
Ini adalah padangan pada waktu siang. Cat lantai yang digunakan adalah cat epoxy. Jika anda berminat untuk mendapatkan cat ini boleh mendapatkanya di shopee.
Link Shopee barangan yang digunakan :
Deco rumah simple-simple sahaja tapi menarik dan kelihatan sangat kemas
Ini adalah pandangan diwaktu malam.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada anda dalam dalam ubahsuai rumah kampung anda. Semoga bermanfaat.