Kepada sesiapa yang mempunyai dapur yang suram, bersepah dan juga kotor usah risau. Jika anda tidak mempunyai duit untuk upah orang ubahsuai dapur, anda boleh lakukannya sendiri bermodalkan rm200 sahaja. Macam yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett, dapur suram beliau diubahsuai menjadi sebuah ruangan dapur yang glam dan cantik.
Segala barangan yang digunakan untuk melakukan ubahsuai ada yang dibeli online, di kedai Mr DIY dan juga kedai ECO. Jadi, jika anda ingin melihat perubahan sebelum dan selepas dapur milik Mcyah Joanjett. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Bismillah. Actually rumah aku ni takde dapur. Jadi aku ubahsuai bilik kosong jadi dapur. Semua barangan yang digunakan adalah dari kedai eco RM2 dan Mr.Diy sahaja. Bajet keseluruhan lebih kurang RM200 termasuk wallpaper.
Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri je hehe. Setiap harga dan detail barangan ada pada setiap gambar. Wall paper beli kedai eco Rm2.
Barang-Barang Yang Dibeli Untuk Ubahsuai
Keadaan Dapur Yang Suram Dan Berkulat
Inilah dia keadaan dapur kami yang asal sebelum berlakunya ubahsuai ini. Berikut merupakan gambar bahagian sinki kami ini.
Sinki suami buat sendiri guna kayu.
Inilah dia hasil bahagian sinki ini selepas ubahsuai dilakukan. Langsir plastik bilik mandi, aku potong pendek, suami diy penyangkut langsir untuk sangkut. Langsir tersebut dibeli di kedai MR.DIY dengan harga RM8.
Bahagian Tempat Bancuh Air
Tempat bancuh air sebelum.
Tempt bancuh air selepas. Langsir plastik ni yang bawah sinki tadi kan aku potong dua dia labuh. Sparuh letak sinki sparuh letak sini.
Bahagian Tempat Memasak
Bahagian memasak saya yang asal. Maklumlah bersepah tak ada masa nak simpan dan kemas.
Tempat memasak selepas selesai diubahsuai.
Rak untuk saya letak bawang ini dibeli di kedai MR.DIY.
Bekas sudu ini dibeli dikedai eco dengan harga rm2.10
Sumber : Mcyah Joanjett