Untuk memastikan dapur anda kekal kemas anda perlulah bijak dalam menyusun peralatan dapur anda. Perkongsian ini sesuai untuk anda yang baru berkahwin. Sudah tentu banyak kos yang sudah dikeluarkan untuk beli perabot rumah, perkakas elektrik dan sebagainya. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara untuk susun perkakas dapur tanpa kabinet.
Namun jika anda masih belum mampu untuk memasang kabinet dapur, jangan risau kerana ia bukan halangan untuk dapatkan dapur yang cantik, kemas dan tersusun. Dapur yang kecil dan tidak mempunyai kabinet tidak semestinya harus dibiarkan terus bersepah bukan?
Banyak cara sebenarnya untuk menjadikan dapur rumah anda cantik dan berseri walaupun tidak mempunyai kabinet. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini mengenai dapur tanpa kabinet ini.
Deko dapur sempit dan memanjang
Dapur biasa saja, rumah flat tingkat 1. Kecilnya sampai takda ruang nak letak peti sejuk, nak letak oven, nak letak segala kitchen gadjet dan kitchen helper. Yelah. Sebab tu lah tak banyak perkakas. Nanti nak letak kat mano? Kena sedar diri lah kan.
Dah hampir 6 tahun. Tak pernah jemu duduk kat rumah ni walau kecil je 600 sqft, walau kena naik tangga sempit, kadang lorongnya gelap, walau bau kari setiap hari, walaupun tandas ada 1 je dan kami selalu berebut, kami tetap bahagia dan nyaman sekali berada di rumah ni.
Cara Untuk Susun Perkakasan Dapur Tanpa Menggunakan Kabinet
Plate holder beli di IKEA/DAISO.
Rak jaring (wirenet) letak rempah beli di DAISO.
Rak periuk beli di Shopee.
Penghadang aluminium beli di MR DIY.
Rak besen beli di Shopee.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler deco pada kali ini. Diharap perkongsian ini dalam memberi seribu manfaat kepada anda dalam menyusun peralatan dapur.
Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Sumber : Noor Hafiza Mohamad