Apabila berpindah ke rumah kuarters ini sudah pastinya banyak perkara macam ubahsuai dan makeover yang perlu dilakukan. Bergantung kepada kondisi rumah kuarters tersebut samaada okey atau tidak.
Seperti yang dikongsikan oleh Siti Aishah ini, beliau duduk dirumah kuarters dan ingin melakukan makeover bahagian dapur dengan cara tersendiri. Disebabkan keadaan dapur tersebut sangat teruk jadi makeover perlu dilakukan.
Hasil makeover yang dilakukan oleh beliau telah dikongsikan didalam grup facebook Kelab Kaki Deko. Menurut beliau lagi, hasil makeover tersebut banyak menggunakan barangan shopee kerana sangat jimat dan senang untuk dilakukan. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Before & after
Walaupun kuarters je tetap nak hias cantik2. Masa mula2 dapat rumah ni memang tak boleh kata apa dengan condition dia.
Slow2 kami buat bagi cantik, even penat balik kerja tetap buat kerja rumah.
Balang2, tempat sidai kain lap, rak pinggan, botol2 garam, tepung, herbs semua saya beli dekat MR. DIY @ IKEA
Bahagian Dapur Yang Asal Sebelum Makeover
Masa masuk rumah kuarters ni awal-awal ni beginilah keadaan dapur rumah ni.
En suami ni gigih lakukan pemeriksaan pada bahagian dapur sebelum proses makeover dilakukan.
Rupa Dapur Selepas Hasil Makeover Selesai Dilakukan
Tadaaaa! Inilah dia hasil makeover yang dilakukan ini. Baru nampak cantik dan sedap mata memandang. Kebanyakkan daripada ini saya beli di Shopee. Jadi, nanti saya listkan barangan yang dibeli.
Barangan Shopee
Sumber : Siti Aishah SA