Cara Untuk DIY Ironing Board Tersembunyi Di Sebalik Cermin

Ditulis oleh

Selalunya dirumah dimanakah anda semua letak papan gosok ? Adakah didalam bilik, di dapur atau di ruang tamu? Kadang-kadang ada satu tahap kita rasa macam nak sorok jer kan ironing board tersebut kerana ia mengganggu permandangan didalam rumah kita.

Kalau rumah yang banyak bilik, akan ada bilik khas laundry untuk diletakkan. Kalau yang tiada bilik khas yang dibiarkan terbiar begitu sehingga tetamu boleh nampak, pasti kita malu. Apa kata sorokkan sahaja ironing board tersebut macam adegan didalam tv atau filem.

Seorang wanita bernama Nasibah Ramly telah melakukan satu perkongsian untuk DIY  ironing board tersembunyi disebalik cermin dengan mudah dan senang. Bahan sangat simple dan senang untuk didapat. Jom kita tengok cara dan hasil daripada perkongsian Nasibah Ramly ini.

Wanita Ini Kongsi Cara Untuk DIY Ironing Board Tersembunyi Di Sebalik Cermin

Rumah kami kecik, ruang amatlah terhad.. Penyelesaiannye adalah sembunyikan ironing board

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

CARA-CARA DIY IRONING BOARD TERSEMBUNYI

 

1. MEMBUAT KOTAK CERMIN IKUT UKURAN PAPAN GOSOK

  • Ukur dahulu panjang dan lebar papan gosok, dan buatkan kotak menggunakan plywood mengikut ukuran tersebut. Kotak cermin tersebut dilekatkan pada dinding.

2. MENGUBAH SUAI PAPAN GOSOK

  • Saya menggunakan papan gosok yang biasa. Saya ubahsuai 1 kaki untuk dijadikan sebagai penahan, satu lagi kaki dibuang.

ironing board

Gambar diatas merupakan gambar kaki yang telah dibuang dan juga telah diubahsuai.

3. MELETAKKAN HOOK

  • Saya letakkan hook (warna coklat) pada bahagian atas tersebut. Ia berfungsi sebagai penghalang dan bertujuan untuk menghalang papan tersebut daripada jatuh apabila pintu cermin dibuka.

4. MEMBUAT TEMPAT LETAK SETERIKA

  • Buang tempat seterika yang asal dan lekatkan di dinding yang berhampiran dengan papan gosok tersebut macam contoh dibawah ini. Senang nak gosok cuma pasang suis sahaja.

ironing board

5. TAMPAL CERMIN

  • Pada bahagian depan kotak tersebut, sayan tampalkan cermin agar ia tidaklah nampak kosong sangat. Ada cermin tersebut, nampak lawa dan boleh dijadikan tempat bersolek.

6. LETAK WALLPAPER 

  • Yang ni kira bonus, jika nak hiaskan lagi agar nampak lebih cantik dan menarik. Boleh letakkan wallpaper pada seluruh bahagian kotak cermin tersebut. Baru nampak cantik dan menarik.

ironing board

Sumber : Nasibah Ramly 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 17, 2021
Dikemaskini pada
Mac 17, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram