Tidak dinafikan wainscoting merupakan satu dekorasi dinding yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Sebelum ini, kita hanya dapat lihat wainscoting di rumah-rumah mewah sahaja. Namun, sejak semakin ramai membuat perkongsian cara pasang wainscoting di sosial media, wainscoting menjadi projek DIY yang paling viral terutamanya sewaktu PKP tempoh hari.
Sebelum memasang wainscoting, anda harus melihat beberapa perkara penting untuk menjadikan projek DIY anda berjalan lancar.
Antara perkara yang wajib anda tahu ialah jenis-jenis wainscoting yang boleh anda lakukan. Di sini kami bincangkan kebaikan, keburukan, harga, ketahanan dan cara pemasangan untuk setiap jenis wainscoting. Jom baca perkongsian ini.
Suatu ketika dahulu, wainscoting digunakan sebagai satu solusi untuk mana-mana dinding yang mempunyai masalah kelembapan, terutamanya bahagian dinding bawah. Namun kini, wainscoting digunakan secara meluas sebagai hiasan dinding.
Nampak menarik dan mewah, itulah daya tarikan utama wainscoting. Jika di awal kemunculan wainscoting, hanya kayu oak terpilih sahaja akan dijadikan kayu wainscoting, namun seiring dengan perubahan zaman dan teknologi semakin banyak material dihasilkan untuk dijadikan wainscoting.
Wainscoting PVC foam ini diperbuat daripada span
Langkah 1: Lukis petak menggunakan kad manila atau kadbod
Langkah 2: Lekatkan kadbod pada dinding, kemudian sapukan gam di bahagian belakang PVC wainscoting.
Langkah 3: Lekatkan PVC wainscoting mengikut kadbod atau kad manila yang dah dilekatkan di dinding supaya PVC foam tersebut menjadi lurus cantik. Tujuannya hanya sebagai penanda sahaja.
Langkah 4: Di bahagian hujung PVC, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk menyambung PVC menjadi bentuk petak.
Harga wainscoting PVC bermula daripada RM6.00 dan ke atas bergantung kepada
corak dan panjang wainscoting tersebut.
Walaupun lasak, material PVC ini bukanlah opsyen yang terbaik jika anda inginkan wainscoting yang tahan lama. Namun sekiranya anda seorang yang mudah bosan dengan gaya dekorasi yang sama, pilihlah PVC agar mudah untuk anda menukar gaya dinding rumah di masa hadapan.
Menggunakan plastik PVC atau polyurethane (PU)
Langkah 1: Buat ukuran terlebih dahulu mengikut ukuran yang diingini dan lukis lakaran sementara di dinding.
Langkah 2: Memotong setiap bucu menggunakan pembaris segitiga 45° darjah.
Langkah 3: Sapu gam di belakang wainscoting tersebut.
Langkah 4: Lekatkan wainscoting yang sudah digam mengikut garisan yang dilukis tadi di dinding.
Harga yang mahal
Harganya lebih mahal berbanding PVC foam. Untuk kepanjangan 8 kaki, harganya bermula RM30 sehingga RM50
Tahan lama dan kalis air
Bahan digunakan untuk menghasilkan wainscoting jenis kayu ini adalah kayu Nyatoh. Wainscoting kayu perlu dilicinkan permukaannya menggunakan kertas pasir dan perlu dicat untuk mendapat hasil yang menarik. Pemasangan wainscoting kayu memerlukan masa dan juga tahap kesabaran yang tinggi untuk disiapkan.
Langkah 1: Ukur keluasan dinding rumah yang ingin memasang wainscoting.
Langkah 2: Lakaran sementara untuk rujukan pada dinding.
Langkah 3: Memotong kayu mengikut lakaran yang dilakar pada dinding.
Langkah 4: Untuk cantuman, boleh gunakan pembaris 45° darjah.
Langkah 5: Cantumkan semua kayu yang dipotong menjadi bentuk bingkai
Langkah 6: Dengan berhati-hati, lekatkan kayu pada dinding dan lekatkan sedikit masking tape untuk memastikan lebih melekat.
Langkah 7: Isikan ruang kosong pada bucu wainscoting menggunakan filler untuk kemasan.
Langkah 8: Gosokkan kayu menggunakan kertas pasir yang bertujuan untuk menanggalkan filler yang berlebihan
Langkah 9: Mengecat bahagian wainscoting kayu dahulu. Selepas itu, baru cat pada bahagian dinding. Untuk lebih cantik dan menarik, cat dinding untuk beberapa lapisan lagi.
Sangat tahan lasak berbanding material lain
Tidak kalis air dan akan mengembang jika terkena air
Harga bergantung kepada panjang yang dikehendaki. Kebiasaannya hanya RM2.00 untuk satu kaki, namun upah kerja memasang mungkin lebih mahal berbanding material lain.
Dari segi ketahanan, ia boleh bertahan selama bertahun-tahun jika rumah tiada masalah dengan serangga anai-anai.
Cara memasang wainscoting PU ini lebih kurang sama dengan cara pemasangan wainscoting PVC
Harganya lebih kurang sama dengan harga wainscoting PVC
Tahan lama jika dipasang dengan teliti
Setelah pemasangan wainscoting siap, anda bolehlah mulakan projek mengecat wainscoting pula. Selamat mencuba!