Penghasilkan dekorasi dalaman rumah dengan menggunakan kayu shiplap dan wainscoting pada masa kini memang cukup digemari oleh pemilik rumah pada ketika ini. Hal ini kerana, penggunaan kayu shiplap ini dapat menghadirkan satu suasana rumah yang kelihatan sangat ceria dan menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Faraliza Aida Bakhrin. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara pasang kayu shiplap pada ruang tamu yang cukup simple dan mudah.
Jom sama-sama kita ikuti cara penghasilan dekorasi rumah dengan menggunakan shiplap wall ini.
Cubaan kali pertama, testing! testing! siap!
Sebenarnya beliau sudah lama simpan hajat untuk buat dinding shiplap ala-ala rumah kayu zaman dulu-dulu. Selalu tengok posting kawan-kawan kongsi didalam group deko, kemudian beliau tunjukkan pula dekat suaminya dan dapat green light untuk buat dekorasi dalaman rumah seperti ini.
Mula-mula pasang shiplap ini, sangat senang buat projek diy ini. Sehari dua sahaja siap pemasangan.
Pemasangan sudah hampir siap dilakukan.
Kemudian dengan dengan menggunakan cat khas untuk kayu berwarna putih.
Pada bahagian tingkap ini agak sukar sedikit untuk dicat semula. Asalkan kelihatan kemas.
Seterusnya sambung tampal kayu tersebut pada bahagian dinding atas pula. Ini adalah semasa proses meletakkan gam Xbond pada kayu tersebut sebelum dilekatkan pada dinding.
Ada yang bertanya, kalau nak panjang macam ini kena potong dari kedai ke atau potong sendiri? Jawapannya adalah yang datang dari kedai ada panjang 2 kaki, 3 kaki dan 4 kaki. Selain dari itu beliau potong sendiri.
Dinding pada bahagian bawah itu tidak rata, sakit mata juga kalau tengok depan-depan tapi sebab ini pertama kali buat, kira hebat juga la kan mereka dapat lakukannya sendiri.
Wainscoating ini paling tak suka untuk buat, penat nak ukur dan sebagainya.
Selepas selesai cat cukup berpuas hati dengan hasilnya. Terus hilang rasa menyampah masa mula-mula nak buat itu.
Inilah hasil akhir projek diy ruang tamu mereka setelah selesai dilakukan. Cukup cantik dan menarik, kelihatan seperti rumah kampung.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.