Cara Mudah Wainscoting Ruang Tamu Bermodalkan Bawah RM400

Ditulis oleh

Memiliki kediaman yang selesa dan cantik ibarat syurga bagi anda dan keluarga. Bagi memastikan rumah anda sentiasa kelihatan menawan dan ceria, anda perlu fikirkan satu konsep gaya baru supaya rumah kediaman anda kekal menarik. Seperti yang dilakukan oleh wanita yang bernama Shizune Nami ini, beliau telah berkongsi satu Cara mudah wainscoting ruang tamu bermodalkan bawah rm400.

Penggunaan wainscoting bagi mencantikkan rumah memang sudah menjadi satu trend pada masa kini. Apa yang membezakannya adalah dari segi konsep dan gaya yang ingin diterapkan. Untuk pasangan ini pula, konsep yang digunakan adalah cermin wainscoting.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Cara Mudah Wainscoting Ruang Tamu

 

Nak kongsi diy wainscotting untuk cermin IKEA.

Alhamdulillah nak dekat 5 tahun duduk rumah ni baru berkesempatan nak deko-deko

Barangan yang digunakan : 

Cermin - IKEA

Shiplap dan kayu frame - Shopee

 

Ini adalah semasa proses pemasangan kayu shiplap sebagai bingkai untuk cermin wainscoting tersebut.

Untuk memastikan kayu itu melekat dengan kuat dan kekal lama, anda perlu gunakan gam jenis Aqua Nails.

Setelah bingkai besar selesai dipasang, proses seterusnya pula adalah dengan memasang bingkai kecil menggunakan kayu nyatoh.

Tips mudah bagi memastikan kayu nyatoh itu tidak mudah tertanggal, apabila dilekatkan dengan gam, anda perlu tampal tape pula bagi menyokong kayu tersebut dari jatuh.

Ada yang bertanya "ukuran frame ini kena buat ikut ukuran cermin atau tidak?" Jawapannya adalah potong kayu lebihkan sikit sahaja dari ukuran cermin. Kalau tidak, cermin susah masuk nanti.

Cat yang digunakan adalah cat jotun.

Ini adalah hasil selepas projek ubahsuai ruang tamu ini selesai dilakukan.

Pandangan penuh ruang tamu rumah.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 14, 2021
Dikemaskini pada
November 14, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram