Tidak dinafikan pada masa kini lantai vinyl ini adalah lantai yang paling laris terjual. Hal ini kerana pemilik rumah memang sukakan dekorasi dengan menggunakan lantai vinyl ini. Bukan itu sahaja sebab mengapa lantai ini disukai ramai adalah kerana kaedah pemasangannya tidaklah begitu rumit dan simple. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian mengenai cara pasang lantai "vinyl" viral secara diy dengan betul.
Memang ianya mudah untuk dipasang tetapi jika tersilap cara akan dapat memberi kesan kepada kesihatan anda sendiri. Mungkin anda tidak pernah perasan kesannya semasa anda membuat proses pemasangan. Hal ini disebabkan gam yang digunakan boleh memberi kesan pada kesihatan.
Perkongsian ini adalah dari Awisqarni Zulkiflee yang merupakan seorang yang pakar dalam bidang pemasangan lantai vinyl ini.
Disini saya ingin sampaikan beberapa cara dan tips pemasangan lantai vinyl ini.
Kalau boleh guna gam acrylic vinyl kerana gam yang baik adalah dari syarikat pengeluar vinyl itu sendiri. Hal ini kerana gam acrylic vinyl ini tidak membahayakan kesihatan anda dan jangan sesekali menggunakan gam dunlop ( contact glue) kerana ianya boleh menyebabkan penyakit stroke.
Tekan link jika mahu membeli gam vinyl floor ini : https://shp.ee/fnytnub
Buka dahulu hujung kotak vinyl itu sebelum 48 jam pemasangan. Ini adalah untuk menyesuaikan vinyl itu dengan suhu keadaan bilik anda. Link untuk membeli vinyl floor : https://shp.ee/hyd88x9
Gunakan trowel bergigi 2mm untuk dijadikan sapuan gam tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan gam itu melekat dengan sempurna. Anda boleh membelinya di Shopee : https://shp.ee/umqf34j
Benda yang paling penting adalah pastikan lantai simen yang mahu dipasang itu betul-betul kering terlebih dahulu. Kalau boleh anda perlu vakum dulu untuk memastikannya ianya kering, Barulah anda pasang lantai vinyl. Jika anda tidak tahu macam mana mahu pastikan ianya betul-betul kering. Anda ambil cawan dan telungkupkan atas lantai dan biarkan selama 48 jam. Jika wap terkumpul banyak pada cawan itu bermakna lantai rumah anda tidak betul-betul kering.
Antara sebab kenapa pamasangan lantai vinyl ini bermasalah adalah kerana lantai yang tidak rata dan ponding.
Pastikan beli vynil yang berkualiti, kalau boleh survey betul-betul dahulu baru beli. Jangan harapkan harga yang. Pilih kualiti dahulu bukan harga.
Ini adalah contoh rumah yang sudah siap dipasang lantai vynil.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.