Cara Mudah Pasang Cornice Bilik Tidur Bermodalkan Bawah RM100

Ditulis oleh

Pada masa kini, aktiviti diy sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita tidak kira peringkat usia. Hal ini kerana, dengan melakukannya secara diy, ia lebih menjimatkan wang berbanding dari mengupah orang. Perkongsian pada kali ini adalah dari Muzaffar Masor. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah pasang cornice bilik tidur bermodalkan bawah rm100 sahaja.

Jom sama-sama kita ikuti cara diy yang sangat mudah dan menarik ini.

Cara Mudah Pasang Cornice Bilik Tidur

 

Kos 11 keping cornice berharga RM66. Simen compound RM22.
Total RM88. Murah kan?

 

Ini adalah barangan yang dibeli dan semuanya dimuatkan di dalam kereta sahaja lalu dibawa pulang.

diy cornice\

Keadaan dinding bilik sebelum dipasang cornice.

Ini juga adalah keadaan bilik sebelum dipasang cornice.

diy cornice

Langkah Pemasangan Cornice :

Cornice sudah mula dipasang. Kali ini marking dahulu line dengan meletakkan 2 paku untuk memudahkan apabila buat kerja seorang diri. Nasihat dan cara sebegini adalah diberi dari orang yang lebih pakar. Memang sangat memudahkan kerana tak perlu tongkat. Buat seorang diri pun boleh.

diy cornice

Untuk langkah keselamatan, dengan menggunakan inisiatif sendiri. Cornice tersebut di skru. Ia sebagai langkah berjaga-jaga risau kalau cornice jatuh atas muka semasa tidur.

Langkah pertama drill dahulu lubang, Jika ada yang risau juga cornice jatuh kalau DIY sendiri. Mungkin cara ini dapat menambahkan sedikit keyakinan. Kalau tak mahu buat pun tak apa, kalau yakin cornice itu kuat.

Cara Drill Cornice :

Pastikan cornice yang dipasang betul-betul kering simen compound. Semasa melakukan drill cornice, cari tempat yang sesuai untuk drill. Guna drill biasa duhulu. Jangan guna hammer drill, nanti berkecai cornice itu.

diy cornice

Tebuk dinding bahagian belakang cornice.

diy cornice

Masukkan skru ke wallplug. Masuk skru sedikit sahaja. Panjang skru cari yang sesuai. Untuk cornice macam saya ni. 1.5 inci pun sudah cukup.

Masukkan simen compound yang telah dibancuh ke dalam lubang. Sumbat sahaja pakai jari.

Ambil wallplug dengan skru tadi yang telah dimasukkan dan ketuk pakai hammer perlahan-lahan.

Gambar yang telah dimasukkan wallplug dan skru.

Sumbat lagi simen compound sikit lagi dicelah-celah lubang tepi skru. Ketatkan skru. Masuk sehingga terbenam kepala skru di dalam cornice. Jangan benam terlalu dalam. Cukup sekadar kepala skru masih memegang cornice.

diy cornice

Tutup bahagian kepala skru dengan simen compound. Selepas itu buat kemasan guna puttyfiller.

Skru telah selesai dilindung oleh cornice compound.

diy cornice

Hasil yang telah siap. Kepala skru sudah tidak lagi kelihatan. Anda boleh skru seberapa banyak bahagian cornice agar tidak jatuh dalam jangka masa yang lama. Sekurang-kurangnya 3 skru sudah memadai.

Inilah hasil bilik tidur setelah selesai dipasang cornice.

Untuk bahagian bilik ini hanya pakai 11 keping cornice sahaja. Kos cukup rendah dan jimat iaitu rm88. Murah kan kalau buat sendiri?

Kerja DIY in boleh dikatakan kerja yang paling seronok dan menarik. Lagi-lagi buat kerja dalam keadaan tenang dibawah aircond. Katil pula dekat sahaja, kalau mengantuk, boleh baring terus. Tetapi, projek diy paling lama adalah semasa pasang cornice pada bahagian bilik ini.

Inilah cara untuk melakukan projek diy simple yang bukannya dari tukang pro. Memang kelihatan kurang sempurna kerana bukan kerja harian kita. Kalau rasa yakin nak buat, boleh teruskan sebab itu rumah kita, apa jadi kita yang tanggung. Yang penting berani mencuba.

diy cornice

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 16, 2022
Dikemaskini pada
Januari 16, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram