Dekorasi dinding rumah dengan menggunakan kayu shiplap pada masa kini memang sudah tidak asing lagi. Boleh dikatakan pemilik rumah mula melakukannya secara diy tanpa perlu mengupah orang. Sekiranya mahu mengupah orang, sudah pasti bajet yang dikeluarkan lebih banyak berbanding melakukaknya sendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Syahrill Rafidzi. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara mudah lakukan diy dinding shiplap bermodalkan rm300.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Projek lockdown hari itu, pertama kali cuba buat sendiri. Tanya orang untuk kos barang dan upah rm950 (sekaki persegi RM15.00). Jadi, kalau buat sendiri lebih murah dan jimat.
Ini adalah senarai bahan dan peralatan yang digunakan. Dinding ini berkeluasan 7.5 kaki lebar x 8 kaki tinggi. Saiz shiplap yang digunakan adalah 150mm x 6mm x 4 kaki.
Untuk pemilihan warna cat pula, cat yang digunakan adalah jenama Dulux Ambience Pearl Glo (18YR 05/072) 1.5liter.
Sekeping papan mdf berharga rm3.50, jadi jumlah yang digunakan adalah 32 keping. Untuk pemasangan yang cantik dan kemas, ia perlu menetapkan jarak antara shiplap dengan menggunakan 3 keping batang aiskrim.
Kayu mdf tersebut perlu dilekatkan dengan gam yang khusus untuk dinding iaitu gam Xbond, ia biasanya digunakan dalam kadar sebotol setengah.
Hasil selepas kayu mdf selesai dipasang pada bahagian dinding.
Dinding disapu dengan cat coating sebelum dicat dengan warna kegemaran.
Inilah hasil akhir keadaan dinding setelah projek diy ini selesai dilakukan.
Untuk pengetahuan, kos keseluruhan kesemua barangan yang dibeli adalah rm310.00.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi bagi mencantikkan rumah. Semoga bermanfaat.