Cara Mudah DIY Rak Ruang Laundry Tempat Letak Sabun

Ditulis oleh

Aktiviti projek diy pada masa kini memang sudah menjadi kebiasaaan untuk semua golongan. Hal ini kerana, dengan melakukan secara diy dapat menjimatkan kewangan anda berbanding dari membelinya secara terus di kedai-kedai perabot dan sebagainya. Sebenarnya, penghasilan rak seperti ini tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Seperti perkongsian dari wanita ini yang bernama Norpadilah Binti Afandi. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah diy rak ruang laundry tempat letak sabun hanya guna kayu buruk terbuang.

Projek DIY ini dihasilkan olehnya semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan pada hari itu.

Cara Mudah DIY Rak Ruang Laundry Tempat Letak Sabun

Projek PKP 3.0.

Kita memang sejenis tak suka duduk diam. PKP kali ini kita pasang target untuk selesaikan projek-projek tertangguh. Jadi, kita buat satu lagi storage item untuk laundry area kita yang kecil sekangkang kuman ini.

 

Projek diy yang dilakukan ini semuanya hanya menggunakan bahan-bahan terpakai. Kayu dan papan lama dikutip dari dumpsite sahaja.

Contoh susunan papan yang telah siap dipaku.

Cat yang digunakan adalah dulux waterbased. Kalau suka lakukan diy dan buat kerja kayu, belilah cat ini buat stok simpanan. Cat ini adalah cat minyak yang berasaskan air. Ia sangat cepat kering dan tidak berbau.

Ruang laundry sebelum diubahsuai

Projek diy masih belum siap, ada lagi kerja-kerja touch up yang belum diselesaikan.

Tempat ruang laundry ini sangat terhad. Penghasilan rak ini adalah untuk menyimpan sabun-sabun dan keperluan laundry supaya mudah untuk diambil semasa ingin mencuci baju.

Bila sabun-sabun itu sudah tersorok, barulah nampak lebih kemas dan tak serabut mata memandang.

Untuk quote, ia menggunakan alphabet stencil dan pen marker sharpie. Boleh belinya di Shopee.

Roda yang digunakan ini pun roda terpakai sahaja.

Sedikit perkongsian tips untuk suri-suri rumah (macam kita). Jangan limitkan apa yang kita bayangkan itu hanya dapat dicapai dengan duit semata-mata dan kalau suami anda tak pandai menukang, jangan la kita mengeluh pulak, jadilah pasangan yang lengkap melengkapi. Apa kata kita yang belajar menukang dulu, selepas itu, kita ajak menukang sekali.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 8, 2022
Dikemaskini pada
Januari 8, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram