Di waktu pkp ini sudah semestinya ramai dikalangan kita banyak menghabiskan masa hanya dirumah sahaja. Jadi untuk memanfaatkan ketika berada dirumah ini tidak salahnya anda cuba untuk melakukan diy untuk mencantikkan lagi kawasan kediaman rumah anda. Itu yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Hasnul Khatimah. Meraka telah berjaya melakukan diy yang sangat menarik dan kreatif ini. Perkongsian diy yang dilakukannya adalah mengenai cara mudah diy rak buku gaya dahan pokok .
Jom sama-sama ikuti perkongsian diy yang sangat menarik ini.
Bismillahirahmanirrahim. Liku-liku projek ilmu alam. Allah sahaja yang tahu pahit getir menyiapkannya. Syukur. Alhamdulillah. Kami dapat siapkan bersama-sama.
Lama dah tak share disini. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya kami dua siapkan projek ni.
Projek Ilmu Alam. Yang sebenarnya rak buku & Sudut Bacaan. Yang sudah lama menjadi idaman suami. Walaupun tak sempurna seperti yang orang putih buat. Tapi puas hati sangat-sangat. Sebab berjaya buat sendiri. Untuk rumah sendiri.
Semuanya bahan terpakai. Kalau yang beli pun yang murah-murah sahaja.
Ini adalah semasa cubaab membuat corak dahan pokok tersebut.
Proses-proses pemotongan kayu dilakukan.
Proses diteruskan lagi.
Kayu tersebut mula dibentuk menjadi dahan pokok.
Kayu tadi siap dijadikan dahan pokok.
Proses menyapu syelek mula dilakukan.
Dahan pokok tadi siap disapu syelek.
Ke atas, kebawah. Berpusing-pusing tangan. Dengan kepala-kepala sekali teleng.
Buat secara Manual tak ada acuan mahupun papertape.
3 jam setengah, tu sahaja baru siap! Penat juga nak buat sampai habis.
Episod paling mencabar dan paling lambat nak siap. Dah lah makan masa. Tak boleh nak buat hari-hari pulak tu. hujung munggu sahaja mampu.
Recolour. Punyalah susahnya nak dapatkan color yang sama dengan almari readymade tu. Merata kedai cari. Sampai tahap eksperimen campur-camputr cat.
Kumulatif 4 hari nak siapkan. 4 hours setiap hari.
Episod paling merbahaya. Kalau tak jaga-jaga, boleh terbang ke langit.
Episod tambahan. Tak ada dalam skrip asal. Tiba-tiba datang idea.
Alhamdulillah. Siap juga Akhirnya.