Bilik air atau pun tandas merupakan tempat yang paling penting sekali kerana ia melambangkan kebersihan kita di tahap yang mana. Jika tandas kita bersih maknanya kita adalah orang yang pembersih namun jika sebaliknya, kita adalah orang yang pengotor.
Sebab itu pentingnya untuk memastikan tandas sentiasa bersih dan cantik. Jangan biarkan ia kotor berkarat seolah ia ditinggalkan begitu lama. Jika terjadi begitu, tandas akan susah untuk dicuci dan kita perlu menyental kotoran-kotoran yang degil tersebut.
Usah risau kerana melalui perkongsian daripada Alynn Ramli ini, beliau mempunyai solusi untuk memastikan bilik air kekal bersih daripada karat itu. Beliau menunjukkan cara mudah bersihkan bilik air yang kotor tersebut. Jom kita lihat perkongsian daripada beliau.
Power giler pakai GANSO stain remover nibeli dekat kedai ECO haritu.Fyi, cuci banyak kali tandas ni tapi masih kuning, lepas pakai ganso remover terus menjadi putih (rumah sewa) Puas hati den
Keadaan Tandas Sebelum Guna Ganso
Haaaaaa...Inilah dia gambar asal tandas sebelum menggunakan Ganso Stain Remover ini. Berapa kali sental dah namun masih lagi kuning kuningan. Letih dah menyental ni.
Gambar Selepas Gunanya Ganso
Tadaaaa! Inilah dia hasil selepas menggunakan ganso stain remover ini. Terus nampak putih melepak daripada kuning sbelum ini. Karat-karat juga pun hilang terus. Inilah dia cara mudah untuk bersihkan bilik air yang pernah saya alami
Alat Apa Yang Diperlukan Untuk Cuci?
Untuk alat yang digunakan mencuci kotoran degil tandas ini ialah saya menggunakan span cuci dinding. Hanya sapu-sapu sahaja terus hilang kesan karat kuning tersebut didalam tab mandi.
Sumber : Alynn Ramli