Cara Mudah Atasi Masalah Peti Kurang Sejuk Secara DIY

Ditulis oleh

Baru-baru ni, didapati peti sejuk bahagian bawah semakin kurang sejuk. Lama-kelamaan langsung tidak sejuk, sedangkan bahagian atas masih sejuk dan beku macam biasa. Biasanya saluran dari bahagian atas telah tersumbat dengan ais beku menyebabkan suhu sejuk tidak turun kebawah.

Simptom ini pernah dihadapi lama duhulu, peti sejuk arwah ibu pernah jadi sebegini, tetapi pada zaman itu, kekurangan peralatan dan sumber informasi dari internet menyukarkan untuk baiki sendiri, apa yang dapat dilakukan, hanya bongkar peti sejuk dan cuci ais beku yang tersumbat, ianya selesaikan masalah tapi sementara sahaja.

Jadi pada masa sekarang, dengan sumber informasi yang lebih luas serta kemudahan mendapatkan peralatan spare part yang lebih mudah dan murah. Tidak ada masalah untuk baiki sendiri. Rasanya kos membaiki pun hanya rm20-30 sahaja berbanding jika hantar ke kedai mungkin rm200-300.

Cara Atasi Peti Sejuk Kurang Sejuk :

 

Langkah pertama :

 

kerja mudah tanpa perlu buka apa-apa. Pastikan duhulu kipas di bahagian sejuk beku berfungsi. Kipas ini berfungsi menolak suhu sejuk dari bahagian sejuk beku ke bahagian bawah. Jika kipas rosak maka suhu sejuk beku tidak dapat sampai ke bahagian bawah. Kalau rosak, kena gantikan dengan kipas baru. Tetapi kipas ini jarang-jarang rosak.

Seeloknya periksa sajalah. Cara untuk periksa, cuma buka pintu atas, anda boleh dengar bunyi menderu kipas. Kemudian buka pintu bawah, dan kita boleh dengar bunyi menderu berhenti. Jadi bermaksud kipas berfungsi baik automatik On dan Off jugak berfungsi sempurna. Jadi 100% ini adalah berpunca dari saluran suhu sejuk kebawah tersumbat dengan ais.

Kenapa boleh tersumbat?

Sebab ada salah satu dari 2 komponen elektronik atau kedua-duanya telah rosak yang berfungsi untuk mengelakkan saluran tersumbat dengan ais beku.

2 Komponen itu adalah :

 

  1. Defrost Heater/Glass Heater : Berfungsi menghasilkan haba untuk mencairkan frost/ais beku yang terbentuk di cooling coil dan saluran sejuk beku
  2. Heater Sensor : Berfungsi untuk detect suhu dibawah paras beku 0°C pada cooling coil dan mengaktifkan Defrost Heater utk mencairkan frost/ais beku.

Biasanya kita tukar kedua-dua komponen ini walaupun yang rosak adalah salah satu sahaja, sebab proses nak merongkah peti sejuk untuk menukar komponen ini agak susah juga. Selebihnya ikuti penerangan dibawah ini.

Gambar 1 :

diy petiBongkarkan duhulu bahagian yang ada didalam ruangan sejuk beku, baru anda boleh keluarkan penutup belakang yang menyimpan komponen-komponen sejuk beku seperti cooling coil, kipas, sensor, defrost heater dan lain-lain.

Gambar 2 :

diy petiPeti sejuk saya jenis Samsung, penutup guna 100% clip lock, jenis ini lebih kemas tetapi amat sukar untuk dibuka dan dirongkah keluar, salah bukak pasti patah.

 

Gambar 3 :

diy petiSemuanya jenis clip lock, setelah berhempas pulas, pelbagai alatan diguna nak merongkah, akhirnya berjaya dikeluarkan tanpa rosak/patah.

Siapa yang ada peti sejuk mcm ni, disyorkan kalau tak ada keyakinan untuk membuka, kena ada skill dan kesabaran, kalau tak memang akan rosak.

Gambar 4 :

diy petiSetelah penutup dibuka, ada lagi satu cover dari polisterin dibahagian belakang penutup tadi dan tak boleh ditarik keluar kerana ada ais melekat dibelakang.

Gambar 5 :

Ini adalah ais beku yang berada dibelakang peti sejuk itu.

Gambar 6 :

Sebelum kerja-kerja diy ini dapat diteruskan, Ais beku perlu tunggu 6-8 jam untuk cair sepenuhnya. Jadi perlu kesabaran sedikit untuk tunggu ais ini cair.

Gambar 7 :

Setelah ais beku cair, keluarkan cover polisterin tadi, ia hanya slot in sahaja, tarik dengan lembut sudah boleh keluarkannya.

Hasilnya nampaklah semua komponen-komponen sejuk beku tersebut.
Heater sensor pada bahagian yang dibulatkan, rupanya sama sahaja tetapi kedudukkannya tidak sama mengikut jenis peti sejuk rumah anda. Biasanya akan dilekatkan pada cooling coil guna pita pelekat jenis aluminium.

Gambar 8 :

Ini adalah rupa heater sensor, semua sama sahaja tidak kira apa jenis peti sejuk.

Gambar 9 :

Seterusnya proses nak keluarkan defrost heater, ini agak susah sedikit. Lebih-lebih lagi kalau jenis peti sejuk kecik. Jadi ruangan pun sangat terhad, hanya tangan yang boleh masuk dan kena meraba untuk keluarkannya.

Susah tapi tidak mustahil, boleh buat tanpa rosak apa-apa cuma kena berhati-hati. Benda ini cuma diletak dalam bracket dibawah satu keping besi nipis(bumbung heater tersebut).

Gambar 10 :

Ini adalah heater didalam bracket bawah plat besi nipis.

Gambar 11 :

Cara nak keluarkan defrost heater, mula-mula kena keluarkan cooling coil dari tempatnya. Ada 2 skru sahaja. Cooling coil tidak boleh dicabut sbb tiubnya bersambung dengan compressor dibawah belakang peti sejuk, cooling coil hanya boleh diselak seperti dalam gambar. Lapik dengan sesuatu, bimbang tiub cooling coil patah, dan hulurkan tangan ke dalam untuk mengeluarkan defrost heater.

Gambar 12 :

Bumbung defrost heater yang diselak, dan heater dikeluarkan dari bracket perlahan-lahan.

Gambar 13 :

Akhirnya berjaya dikeluarkan, susah tapi tidak mustahil, cuma berhati-hati dan kena tahu apa yang perlu dibuat, InsyaAllah boleh. Tanggalkan klip wayar defrost heater, selesai.

Gambar 14 :

Rupa defrost heater yang berbentuk tiub kaca didalamnya ada coil heater, patutlah sesetengah orang panggil glass heater.

Seterusnya, kena cari alat ganti untuk sensor heater dan defrost heater, boleh cari dikedai-kedai elektronik tertentu.

Gambar 15 :

diy petiDefrost heater universal bersaiz panjang 14" yang dipesan dari Shopee, harganya cuma RM16 sahaja.

Link Shopee : https://shp.ee/hrcyq7m

Gambar 16 :

Hujungnya diameter takkan sama dengan yang asal. Jadi kena balut tape supaya bagi sama diameter heater asal lebih kurang. Didalam gambar itu guna double side tape sebab tebal dan lembut, mudah nak masukkan ke bracket dalam Peti Sejuk nanti.

Gambar 17 :

Masukkan semua ke dalam bracket, wayar tak perlu pasang duhulu, jangan risau boleh buat selepas itu.

Gambar 18 :

Heater sensor tidak ditukar, sebab tidak rosak. Kalau anda ada Multimeter lagi bagus, boleh check untuk kepastian. Ikat dengan cable tie sebab original hanya balut dengan tape aluminium sahaja, dan sudah tidak berapa melekat.

Gambar 19 :

Dah siap, pasangkan semula cooling coil. Selepas itu baru buat pemasangan wayar defrost heater tadi, Potong wayar heater asal sebab ada soket clip, sambungkan ke wayar heater baru, balut dengan wire tape. Selepas tu selitkan saja wayar-wayar itu dekat celah-celah cooling coil kiri dan kanan.

Gambar 20 :

Pasangkan semua semua bahagian penutup polisterin, kipas, cover plastik luar, dan bahagian-bahagian lain yang sudah dibuka sebelum ni. Akhirnya siap.

Kos repair rm200-300 jika hantar ke kedai, tapi anda cuma perlu keluar modal rm16 sahaja kalau buat sendiri.

Macam peti sejuk baru. Saapa sangka peti sejuk ini sudah berusia lebih 15tahun.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam mengatasi masalah peti kurang sejuk dirumah.

Kredit : Mohd Sani Soid

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 9, 2021
Dikemaskini pada
Januari 9, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram