Tips Dan Cara Terbaik Bersihkan Mesin Basuh

Ditulis oleh

Tips dan cara terbaik bersihkan mesin basuh supaya mesin basuh anda kekal berkilat. Persis mesin baru. Cara ini dikongsi oleh Hani Mynis di laman facebook miliknya dan mendapat perkongsian sehingga 2K setakat artikel ini ditulis. Perkongsian kali ini adalah mengenai tips dan cara terbaik bersihkan mesin basuh.

Menurut Hani Mynis setiap mesin basuh mempunyai feature yang berbeza-beza. Jadi dia tunjukkan 3 kaedah tub cleaning yang boleh dilakukan untuk membuat pembersihan rapi mesin basuh dekat rumah masing-masing.

Tips Dan Cara Terbaik Bersihkan Mesin Basuh :

 

Kebiasaannya, kita perlu melakukan pembersihan rapi maksimun sebulan sekali. Tetapi di saat musim virus ini anda digalakkan melakukan pembersihan setiap kali cucian.

  • Untuk buat deep cleaning mesin basuh, buat dua-dua bahagian iaitu dalaman dan luaran.
  • Bersihkan dalaman dulu baru bahagian luaran mesin basuh.
  • Sebelum buat tub cleaning, bersihkan lint trap dahulu. Rujuk gambar. Kalau lint trap penuh dengan lint (ie kotor), kita buat tub cleaning pun tak guna sebab kekotoran yang keluar semasa kita buattub cleaning tak di perangkap oleh lint trap kita. Sebab tu ada yg kekotoran tertinggal kat bahagian tub.
  • Setiap mesin basuh ada lint trap built in di dalamnya. Kalau lint trap rosak boleh guna lint trap yang jenis floating untuk bantu perangkap lint. Rujuk gambar floating lint trap. Beli kat shopee je.
  • Kalau selepas buat tub cleaning masih ada sisa kotoran kat tub, boleh bersihkan kotoran secara manual dulu. Kutip mana yang boleh, boleh guna penyapu+penyodok mini (yg selalu kita letak dalam kereta tu) atau guna vakum cleaner je. Pilih mana yang mudah.
  • Untuk buat pembersihan rapi mesin basuh ni tak semestinya kena guna pencuci tub yang khas. Kalau nak guna yg khas boleh beli di Eco, Mr. DIY, Daiso dan Shopee.
  • Selain itu boleh guna peluntur (ie Clorox), guna antiseptic (ie Dettol) atau cuka. Bergantung kepada tujuan kita buat tub cleaning. Untuk peluntur atau antiseptic, ikut arahan pada botol masing-masing. Kalau nak hilangkan bau hapak dalam mesin basuh, boleh guna bancuhan cuka. 1 cawan kecil memadai.
  • Sempena musim Covid19 ni, disarankan kita buat pembersihan sekerap mungkin iaitu setiap kali selepas cucian. Memandangkan virus corona ini boleh dihapuskan hanya menggunakan sabun, guna sabun apa-apa pun memadai. Personally, Hani suka guna sabun basuh pinggan jenis cecair.
  • Untuk pembersihan bahagian luaran, kalau bahagian luaran buat dari tampered glass, boleh guna pembersih cermin/tingkap.
  • Untuk bahagian badan mesin basuh, elakkan guna pencuci mengandungi harsh chemical/ bleach/solvent.
  • Selepas selesai semua tub cleaning, bilas semula lint trap kita tadi utk pastikan kita mula sesi cucian pakaian seterusnya dengan lint trap yg bersih dan kosong.

3 KAEDAH TUB CLEANING YANG BOLEH DIBUAT:

 

1.Guna setting TUB CLEAN sedia ada di mesin basuh.

https://www.facebook.com/hani.mynis/videos/pcb.10157558336824094/10157558331959094/?type=3&theater

  1. Power > add (TUB CLEAN) > water level (HIGH) = 69 min
  2. Masukkan pencuci pilihan.
  3. Biarkan run sampai habis.
  4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
  5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
  6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min.
  7. Jumlah masa = 93 min

2.Guna setting SOAK

https://www.facebook.com/hani.mynis/videos/pcb.10157558336824094/10157558332934094/?type=3&theater

  1. Power > Program (SOAK) > water level (HIGH)> START = 30 min
  2. masukkan pencuci pilihan
  3. Lepas dia soak 30 minit. Dia akan automatic run cycle wash-rinse-spin selama 60 minit.
  4. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
  5. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
  6. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min

Masa tempoh soak ni, jangan cemas pulak bila tub mesin basuh tu tak bergerak, dia memang akan pause sekejap-sekejap. Nama pun soak = rendam. So bila dia rendam mmg tub tu tak bergerak. Kejap-kejap dia akan pusing. Kalau mesin basuh hani masa soak ni selang 1 minit 30 saat dia akan berpusing selama 1 minit.

Jumlah masa = 114 min

3.Secara MANUAL.

https://www.facebook.com/hani.mynis/videos/pcb.10157558336824094/10157558334099094/?type=3&theater

  1. Power > Program (WASH ONLY) > START * semasa proses ni dia akan berpusing mcm biasa masa kita cuci kain. = 20 min
  2. Masukkan pencuci pilihan.
  3. Lepas 20 min., Off Power.
  4. Biarkan 30 minit =guna timer.
  5. Selepas 30 minit, buang air dalam tub
  6. Power> program (rinse) >start. Biarkan penutup wm terbuka. Lepas dia buang air kotoran, wm akan berbunyi, suruh tutup penutup wm utk spin. Tak perlu spin. Power off terus. Rinse = 5 min
  7. Kalau ada kekotoran keluar, bersihkan (kutip guna tangan, penyapu tangan, atau vaccum cleaner).
  8. Basuh persekitaran tub juga (tepi2 tub dan detergent dispenser)
  9. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min
  10. Jumlah masa = 69 min

Cara Bersihkan Tub Mesin Basuh

 

1.Ini lint trap

2. Basuh bersih link trap. Hani guna berus dari Mr diy ni. Berus ni terbaik yang hani pernah ada.

3.Jangan lupa bahagian lint trap kat dalam tub

4.Dah Pasangkan balik, kita boleh mula buat tub cleaning.

5. Boleh tengok dekat kaedah tub cleaning tadi.

6. Kalau ada floating lint trap, masukkan je sekali. Ni optional.

7. Pencuci khas tub dari Eco, RM2.10.

8.Memadai guna sabun pencuci pinggan cecair utk hapuskan Covid19 kalau tiada antiseptic.

9. Ini floating lint trap. Beli kat shopee. Rujuk gambar akhir. Daiso pun ada jual.

10. Lepas selesai buat tub cleaning guna kaedah 1/2/3 tadi. Bersihkan Bahagian sekeliling tub. Termasuk kat tebing-tebing tub dan detergent/softener dispenser ini. Hani spraykan clorox. Peluntur macam ini berkesan kalau ada kesan kulat/tahi lalat pada tebing-tebing tub.

11.Tebing tub guna clorox.

12. Dah selesai buat tub cleaning dan pembersihan sekeliling tub tadi, kena bilas supaya tiada kekotoran atau sisa pencuci tertinggal dalam wm. Memadai bilas menggunakan setting QUICK WASH. Bilas = POWER > PROGRAM (QUICK WASH) > WATER LEVEL (EXTRA LOW) = 24 min.

https://www.facebook.com/hani.mynis/videos/pcb.10157558336824094/10157558335394094/?type=3&theater

13.Untuk bahagian luar mesin basuh. Memandangkan bahagian atas ni ialah tampered glass, hani guna pembersih glass/window sahaja.

14.Untuk bahagian luar (bawah) memadai hani guna pembersih serbaguna. Resepi seperti dalam gambar ya.

15.Siap! Berkilatkan?

16. Ni paling penting! Amalkan selepas basuh baju atau selepas pembersihan rapi biar dia terbuka mcm ni supaya bau dalam wm tak kepam ya. Pengudaraan yang baik penting supaya dalam tub betul-betul kering. So takdelah baju kita bau hapak walaupun selepas dicuci.

Ada yg takut nak buka besar-besar penutup wm tu sbb takut anak atau kucing masuk. Jangan risau sendal je supaya ada sedikit pengudaraan. Hani sendal guna lint trap tadi.

 

 

 

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 23, 2020
Dikemaskini pada
Jun 23, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram