Bagi orang "have-have" ni pastinya bagi mereka barang yang sudah tidak boleh digunakan lagi akan dibuang di tong sampah. Ini kerana pada pendapat mereka, tidak ada guna jugak untuk mereka menyimpan barang yang tidak berguna dan yang telah rosak di dalam rumah mereka. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara menukarkan kerusi patah kepada sofa mini.
Namun bagi Puan Mastura Mohd Yusoff ini pula, barangan terpakai mahupun barangan terbuang boleh mendatangkan sesuatu manfaat kepada beliau. Hal ini terbukti apabila beliau telah menghasilkan mini sofa kayu dengan hanya menggunakan kerusi makan yang telahpun dibuang orang. Semestinya anda tertanya tanya bagaimana cara beliau hasilkan sofa mini tersebut.Jom kita ikuti perkongsian daripada puan Mastura.
Cara Menukarkan Kerusi Patah Kepada Sofa Mini :
Kutip kerusi meja makan yg orng dah buang..(pantang nampak barang terbuang hihihi)
Dua biji kerusi diy jadikan sebiji sofa kayu.
Bahan-Bahan yang diperlukan:
- Kain untuk dilapiskan bersama span
- Papan Kayu
- Spray clear
- Span (gunakan 4 keping span yang tebalnya bersaiz 8mm dan lapiskannya sebanyak 4 keping)
- Kayu Playwood
- Paku
- Tukul Besi
- Gergaji
Langkah-Langkah buatkan sofa mini:
- Kerusi-kerusi terbuang itu dibersihkan tempat alas duduk kerusi itu dipisahkan. Seterusnya, kaki depan kerusi dipotong seperti dalam gambar yang tertera.
2. Kedua-dua kerusi yang sudah dipotong itu dicantumkan dengan menggunakan kayu yang lebarnya hampir sama seperti bingkai kerusi lalu pakukan ia.
3. Bahagian menyandar kerusi itu dipotong separuh dan pastikan ketinggian memotong itu sama. Sekiranya anda tidak memotongnya, sisi kerusi tersebut akan menjadi lebih tinggi. Anda boleh lihat hasilnya setelah dipotong tempat penyandar kerusi tersebut.
4. Untuk dijadikan bahagian penyandang sofa nanti, gunakan kayu daripada lebihan kerusi itu. Gunakan bahagian yang berlabel "X" sebagai ganti.
5. Untuk dijadikan sebagai alas tempat duduk, gunakan kayu playwood yang tebal. Kayu playwood itu dipasang di ruang tempat duduk yang kosong itu. Seterusnya lekatkan 4 keping span 8mm serta balutkan ia menggunakan kain yang panjang.
6. Kalau diikutkan ianya sudah siap namun untuk bagi lebih cantik, buatkan lekuk pada permukaan span itu menggunakan skru dan tampalkan butang di atas skru itu.
Woww lawanyaa hasil dia setelah disiapkan. Jadi buat anda yang mempunyai barangan yang hendak dibuang, simpan dulu barang tersebut dan apa kata sekiranya anda praktik idea yang diberikan oleh Puan Mastura ini.