Cara Makeover Ruang Dapur Rumah Ibu Dengan Kos Bajet

Ditulis oleh

Impian setiap anak pasti ingin memberikan apa yang terbaik untuk ibubapa tercinta kan? Ia menunjukkan cara kita untuk membalas jasa ibu dan ayah yang penat lelah membesarkan kita. Pasti anda ada fikir cara yang terbaik untuk membalas jasa mereka bukan?

Seorang wanita yang bernama Raja Nurhazwani membalas jasa kedua ibubapa dia dengan melakukan makeover ruang dapur rumah ibunya dengan berbekalkan modal RM800. Beliau telah berkongsikan hasil makeover didalam laman sesawang Facebook.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara dan juga bahan yang diperlukan untuk membuat makeover ruang dapur ini. Hasil makeover ini juga akan ditunjukkan pada akhir artikel ini. Jom kita tengok perkongsian beliau.

Wanita Ini Kongsikan Cara Makeover Ruang Dapur Rumah Ibu Dengan Kos Bajet

Bagi merialisasi kan impian mak & ayah untuk dapatkan dapur yang kemas & cantik xperlu keluarkan banyak modal.. Cukuplah sekadar kudrat & sedikit modal untuk pemasangan wallpaper.. Hadiah untuk mak & ayah.

Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800.

GAMBAR SEBELUM MELAKUKAN MAKEOVER

Keadaan sebelum memulakan makeover. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:

1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet

PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN

Untuk peralatan utama yang saya gunakan:

  • 4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
  • 2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
  • 1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)
  • 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
  • 2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea)saya beli dengan personal shopper
  • 3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)
  • Storage (RM80 @ Ecoshop) 

MAKEOVER DAPUR IBU 

Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan2 lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat2.

makeover ruang dapur

Set meja & kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar diruangan ini. Barulah bersemangat nak masakkan.

Untuk ruangan ini pula terdapat rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni memang menyukarkan proses memasak disebabkan susunan yang tidak teratur.

makeover ruang dapur

Bagi memudahkan proses memasak saya menggunakan hyllis supaya bahan2 masakan yang digunakan boleh dilihat serta mudah dicapai secara tidak langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah.

Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.

PENGGUNAAN BLIND YANG BETUL

Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye. Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur.

makeover ruang dapur

Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh bila masak diwaktu siang orang luar boleh nampak kita.

Jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.

Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.

makeover ruang dapur

Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok2 hijau kat situ ye.

makeover ruang dapur

Dibahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan diruangan kosong ni

makeover ruang dapur

Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan2 lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat2.

Sumber : Raja Nurhazwani

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Sakit Mata Tengok Baju Banyak Tergantung? DIY Sahaja Open Wardrobe Ikea Yang Murah & Simple

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 27, 2021
Dikemaskini pada
Januari 27, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram