Rumah kayu adalah rumah jenis gaya klasik yang sering digunakan oleh orang kita pada zaman dahalu. Pada masa kini sudah tidak ramai yang membina rumah dengan menggunakan seratus peratus kayu papan ini. Tetapi ada juga yang masih menerapkan deco rumah dengan menggunakan kayu papan ini untuk membina rumah. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki dan juga merupakan seorang suami dan bapa yang bernama Azizi Anuar. Perkongsiannya adalah mengenai cara makeover bilik tidur anak hanya guna kayu papan.
Jom ikuti perkongsian ubahsuai bilik tidur yang cantik dan sangat menarik ini.
Setahun lepas punya cerita. Sebelum datang penyakit covid. Buat berdua dengan orang rumah nak berjinak-jinak pegang kayu dan jigsaw.Maka siap lah deco dan diy bilik anak prempuan. Moga hasil yang tak seberapa ini memberi ilham dan manfaat kepada ahli group semua.
Ini adalah keadaan bilik tidur sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ini pula adalah semasa proses membuat katil dan proses mengecat dilakukan oleh isterinya.
Ini adalah ketika membina rangka untuk menyiapkan deco secara diy bilik tidur anak.
Ini adalah tempat papan hitam.
Ini adalah keadaan bilik tidur anak bahagian almari dan kabinet setelah selesai diubahsuai dengan konsep simple yang sangat cantik.
Ini adalah almari kabinet bergerak anak.
Ini adalah keadaan bilik tidur anak dari sudut pandangan penuh setelah selesai diubahsuai. Cantik dan menarik bukan?