Cadar merupakan antara fabrik yang susah untuk disimpan di dalam almari. Bukan sahaja susah untuk di simpan, malah sukar untuk dilipat kemas. Oleh itu, terdapat beberapa cara dan kaedah mudah untuk melipat dan menyimpan cadar supaya sentiasa dalam keadaan kemas dan tersusun. Jom belajar cara lipat cadar, wanita ini kongsi cara lipat cadar simple, hasilnya memang kemas dan tersusun. Perkongsian kali ini adalah dari Muhaszlina Sanip. Perkongsiannya adalah mengenai cara lipat cadar yang simple dan mudah.
Kali ini, kita berkongsi cara yang dilakukam oleh Muhaszlina Sanip, ibu kepada lima orang anak tentang bagaimana dia lipat dan susun cadar dengan cara yang sangat praktikal.
Jom belajar lipat cadar. Ni cara akak tau. Cara lain pun boleh, no right or wrong. Terpulang pada masing-masing. Setiap kali balik kampung, mak akak mesti suh akak ajarkan kak Seri (bibik mak) cara lipat cadar supaya almari kemas. Caranya mudah sahaja. Tengok caption kat gambar ya. Akak post sini sebab nak clearkan gambar dalam hp akak. Semoga bermanfaat".
Cadar akak ni saiz king tau"
Pertama sekali, temukan bucu ke bucu.
Macam ini.
Kemaskan bucu lagi satu juga.
Kemaskan sampai jadi segi empat macam ini.
Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah tu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.
Lipat bahagian bawah, kalau cadar single boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan lipatan bahagian bawah itu.
Lipatkan bahagian atas pula. Sampai jadi camni. Kemaskan
Lipat lagi.
Susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar.
Siap!
"Contoh susunan dalam almari. Cadar akak ni ada banyak size. Ada size Queen dan Super Single. Apa yg penting, size lebar lipatan cadar tu kena sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok jer dan tak tumbang".
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat Mencuba!