Pada masa kini, penghasilan deko pada ruang tamu rumah dihasilkan sendiri oleh pemilik rumah tersebut. Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Haniff Omar, beliau dan isteri menghasilkan dekorasi yang cukup cantik dan menarik dengan melakukan pemasangan wainscoting dan accent wall mengikut cara tersendiri hasil menimba ilmu dan inspirasi dari perkongsian rakan-rakan peminat dekorasi juga. Beliau juga berkongsi cara lakukan wainscoting dan accent wall rumahnya itu.
Walaupun hanya melakukan dekorasi pada rumah sendiri, ia juga memerlukan skill dan kreativiti supaya ianya dapat dihasilkan dengan cantik dan menarik. Jadi. jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Tunggu mood okey baru buat, perlahan-lahan dan jangan kelam kabut. Tak ada mesin dan tak ada pakai laser, semua lukis dekat dinding sahaja dan pakai water level.
Projek 1 : Grand Mirror
Ini adalah gambar sebelum diubahsuai. Sebelah itu pintu besar.
Diringkaskan cerita, mula-mula lukis dekat bahagian dinding itu terlebih dahulu. Selepas itu, ukur semua kayu dan potong. Kemudian, pasang mengikut lakaran tersebut.
Selepas siap pasang bingkai kayu, lekatkan bingkai waincoting pula. Boleh ikut sahaja tempat yang dilukis sebelum ini dekat dinding itu. Kemudian, potong sendiri sahaja wainscoting itu pakai gergaji, ianya lebih jimat tetapi agak penat sedikit.
Selepas selesai pasang wainscoting itu, tutup bahagian yang berkenaan kalau ada gap yang kelihatan, kemudian, gosok dan naik cat alas warna putih, akhir sekali pilih warna apa yang ingin digunakan untuk mengecat pada wainscoting tersebut.
Setelah Selesai mengecat semua, tunggu ianya betul-betul kering, selepas itu lekatkan cermin, cermin boleh tempah di kedai cermin mengikut saiz yang diinginkan. Harga juga berbeza mengikut saiz dan cara potongan. Untuk penggunaan gam pula, boleh pakai apa-apa gam kayu, boleh tanya dekat kedai hardware.
Wainscoting cermin setelah siap dipasang. Cermin yang digunakan dipotong seperti diamond, harga mengikut saiz cermin, tebal dan cara potong.
Projek 2 : Dinding Shiplap
Sebelum pasang, ukur terlebih dahulu berapa keping yang mahu dipakai. Kemudian boleh pergi ke kedai dan suruh tukang potong mdf board itu mengikut ukuran yang diinginkan. Pakai apa-apa gam kayu yang ada jual dekat hardware, kalau mahukan lagi kepastian, boleh tanya tauke kedai mana yang lebih bagus.
Macam biasa, alas cat putih dan tunggu ianya kering, kemudian baru lakukan finishing.
Dinding shiplap yang telah siap dipasang.
Bahagian ruang tamu setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.