Cara Lakukan DIY Grand Mirror Guna Cermin Kedai Eco

Ditulis oleh

Grand mirror merupakan hiasan dinding yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya kita lihat grand mirror di kediaman berjenis mewah sahaja. Namun siapa sangka grand mirror secara diy sebenarnya boleh dihasilkan sendiri sahaja di rumah. Hasil juga sama cantik seperti upah interior designer.

Dengan kos modal bawah RM 800 sahaja, wanita ini kongsi hasil tangan beliau grand mirror secara diy di rumah. Jom kita ikuti idea dan hasil tangan yang menarik daripada Rena Nur Henny.

 

Ni lah orang kata nak jimat kenalah guna tenaga sendiri, tapi berbaloilah dengan usaha suami isteri, ruang tamu tak besar, maklumlah rumah mampu milik sahaja, tapi suka dengan wainscoting, shiplap, accent wall & grand mirror, jadi ambil la konon semua element ciput-ciput, maka terhasil lah!

Deco ini tidaklah sekemas kita upah tukang buat, tapi boleh la sedap mata sendiri, modal pun tak sampai RM800 untuk semua! Cat kita pakai cat dinding lama sahaja yang ada balance untuk jimat, dan light grey itu mix grey asal tambah putih.

Barang-barang yang digunakan : 

  • Wainscoting = RM 300 (untuk dinding 35 kaki) [insert Shopee link]
  • Shiplap TV cabinet = RM 159 [insert Shopee link]
  • Accent wall = RM 64 [insert Shopee link]
  • Grand mirror = RM 38.90 (guna cermin kedai eco) [insert Shopee link]
  • Cat 5 liter putih= RM 100 [insert Shopee link]
  • Gam = RM 56 [insert Shopee link]

Proses DIY grand mirror : 

Proses mengukur panel wainscoting untuk bingkai.

Proses menampal panel wainscoting

Membuat bingkai untuk meletak cermin.

Hasil setelah cermin dilekatkan. Memang sangat antik dan kemas hasil tangan beliau. Kalau anda berminat untuk hasilkan grand mirror sendiri di rumah, bolehlah ikuti idea dan perkongsian ini.  Jika anda sukakan artikel ini, jangan lupa kongsikan. Semoga perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini bermanfaat.

Sumber idea dan foto : Rena Nur Henny

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 1, 2022
Dikemaskini pada
Januari 1, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram