Memiliki ruang kediaman yang cantik dan selesa memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Jadi, jika anda berkeinginan mahu melakukan perubahan pada ruang rumah anda, tidak salahnya anda cuba lakukan secara diy. Dengan cara ini juga dapat membantu anda sekiranya mahu berjimat cermat. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nur Amani Abdul Rani. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara lakar dan diy sendiri grand mirror gaya mewah.
DIY Accent Wall Mirror "Grand Mirror"
Design kali ini lagi mencabar sebab nak dapatkan bentuk square memandangkan tool paling canggih kami ada hanyalah "water level".
Okay bajet mahal jugak tapi still jimat berlipat kali ganda, tapi kesabaran En.Suami itu yang tak boleh dibeli kat mana-mana.
- Kayu 2.5 inci 12 batang x RM 16
Link : https://shp.ee/ujgbdad- Cat dulux 1L 1 tin x RM 25
Link : https://shp.ee/c2gc6td- Cat nippon 1L 1 tin x RM 38
Link : https://shp.ee/xzduzyd- Cermin 16 keping RM 288
Link : https://shp.ee/hggt6fd- Masking tape 2 gulung x RM 4
Link : https://shp.ee/sektf4d- Sealant 1 x RM 5
Link : https://shp.ee/e9uf4vd- Gam kayu 1 x RM 10
Link : https://shp.ee/qvqrezd- Kertas pasir 2 keping x RM 2
Link : https://shp.ee/ntjr6n5Total RM 570
Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.
Lakaran grand mirror yang akan dibuat nanti.
Proses sewaktu ingin meratakan dan melicinkan kayu dilakukan.
Kayu disapu dengan menggunakan undercoat terlebih dahulu sebelum di cat.
Proses seterusnya pula adalah cat kayu grand mirror tersebut dengan warna pilihan anda.
Kemudian potong kayu mengikut kesesuaian dan saiz yang diiginkan.
Kayu yang telah dipasang itu mula dilekatkan pada dinding.
Proses diteruskan lagi dengan melekatkan bahagian tepi kayu dengan gam.
Ini adalah hasil dinding setelah siap dipasang kayu.
Proses seterusnya pula adalah dengan mamasang cermin dibahagian petak kayu yang disediakan.
Hasil akhir setelah grand mirror selesai dipasang pada dinding ruang makan tersebut.
Keadaan ruang makan dari jarak pandangan dekat.
Pandangan lain bahagian grand mirror setelah selesai diubahsuai.
Setakat itu sahaja perkongsian Giler Deco mengenai projek diy bahagian ruang makan pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco rumah anda cara diy.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mendeco.