Perasan tak apabila anda membeli barang contohnya pinggan mangkuk, botol kaca atau sebagainya pasti akan ada label pada barangan tersebut. Yang paling benci ialah label tersebut susah untuk ditanggalkan dan ia terus melekat pada barangan yang dibeli itu.
Semakin kita gosok untuk hilangkan label tu, kita akan merasa sesuatu yang melekit. Yang melekit tu adalah gam stiker yang telah pun lama melekat disitu. Nampak tidak cantik bila ada kesan gam stiker tersebut.
Menurut seorang ahli kimia iaitu Dr Fatimah Salim yang aktif di facebook telah berkongsikan satu tips daput untuk hilangkan gam itu dengan mudah. Iaitu dengan hanya menggunakan minyak masak sahaja. Senang sahaja kan. Jom ikuti perkongsian beliau dibawah ini.
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
Senangkan bila anda sudah tahu cara untuk hilangkannya. Lepas ni boleh anda cuba buat kat rumah jika barangan masih lagi ada sisa-sisa gam stiker yang melekat padanya. Tips ni memang bagus, jimat dan praktikal.
Selamat mencuba semua!!!!
Ingin baca artikel seterusnya?
Baca juga :- DIY Dapur Mini Yang Kreatif Menggunakan Kotak Terpakai
Follow Facebook kami DISINI