Cara Hias Dapur Kecil Agar Kelihatan Mewah Dan "Premium" Menggunakan Meja Banquet Sahaja!!

Ditulis oleh

Jika anda yang baru sahaja berpindah ke rumah baru , sudah pasti perkara pertama yang anda mahu lakukan ialah mengemas atau menyusun barang rumah terutamanya dapur kan? Bagi kaum wanita, bab-bab menghias dapur kecil ini adalah kepakaran mereka.

Menurut perkongsian daripada Puan Adiha Adib dilaman Facebook, beliau telah berkongsikan beberapa tips yang menarik untuk menukarkan dapur yang kelihatan sempit dan buruk kepada dapur kecil yang kelihatan mewah menggunakan meja banquet kabinet.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda bagaimana Puan Adiha ini hias dapur kecil menggunakan meja banquet sendiri yang akan memudahkan beliau untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan barang dapur. Jom kita ikuti perkongsian menarik daripada beliau.

Cara Hias Dapur Kecil Agar Kelihatan Mewah Dan "Premium" Menggunakan Meja Banquet Sahaja!!

 

Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil? Lepastu hanya ada sinki . Tenang je gais! Ini la hasil,Sebelom & Selepas cara susun atur & bagaimana kami DIY Meja Banquet menjadi ala Kabinet mewah!
Dengan harga mampu milik .Buat sorang tak jalan ni! Yg penting dapat sokongan dari Suami, terimakasih Abang. Doakan Rezeki Adiha & Abu dapat hias rumah Sendiri satu hari nanti. Amin

Bahan-bahan Yang Diperlukan

 

 

Cara DIY Dapur Kecil Agar Kelihatan Mewah Dan Premium

1) Sediakan Meja Banquet

Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh Gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)

2) Kayu Terpakai Sebagai Penebal

Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan Sinki.
(Take Note Ketebalan Kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yg diperlukan.
Contoh: Dari dinding ke Sinki

• Kayu Terpakai Meru : 2 keping Rm25
https://g.co/kgs/jhfmc6

3) Mengubah Ketinggian Meja

Tinggikan Meja Banquet selaras dengan Sinki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware. Ukur siap2 Panjang Besi yg diperlukan. 8 batang diperlukan untuk 2 meja banquet. 8 batang besi berharga RM17

Baki Ketinggian yg diperlukan :
Ketinggian Sinki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)
Panjang besi :
Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal Besi

 

4) Weld Besi

Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : Rm60

5) Finishing
Pasang Wallpaper pada kayu & Gam skirting. Apabila siap pasang wallpaper tersebut, tampal Velcro Tape (belah kanan) menggunakan gam.

Gambar Sebelum Dan Selepas Hias Dapur

SEBELUM:
Pada hari pertama masuk, hanya ada Sinki sahaja. Yang selebihnya adalah kosong.
SEBELUM:
Seminggu pindah, dah la bulan puasa masa ni.
Masak pun main2 je. Ni ke nama nya tongkang pecah? Haha
SELEPAS:
• Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20
SELEPAS:
Marble Wallpaper : 6meter Rm27 .
Link untuk beli  wallpaper marble ini turut disertakan
SELEPAS:
Bekas: Rm2.00+ / botol
• 2 ply & Kedai Eco
SELEPAS:
• Langsir meja + Velcro : RM83
Tinggi Sinki: 92.5cm
Panjang: <<600cm

Skirting Miety Zain

Link untuk belikan langsir mini juga disertakan di bawah.
https://shopee.com.my/product/190649997/4603795549?smtt=0.0.9

SELEPAS:
Rak Ikea (Lerberg): RM69

Bagaimana dengan hiasan dapur kecil ini? Nampak mewah dan premium bukan? Anda juga boleh mengambil perkongsian ini sebagai inspirasi dan cuba lakukan sendiri dirumah anda. Selamat mencuba.

Kredit : Adiha Adib 

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Suami Buat “Surprise” Makeover Rumah Ketika Isteri Berpantang Di Kampung

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 20, 2021
Dikemaskini pada
Februari 20, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram