Pasti ada dikalangan kita lebih gemar untuk menghasilkan sendiri hiasan rumah berbanding dari membelinya secara terus dikedai. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan mereka untuk hasilkan rak kreatif tersebut sendiri, salah satunya sebabnya adalah hobi dan juga mahu menjimatkan kos. Perkongsian pada kali ini adalah dari Winter Sonata. Perkongsiannya pula adalah mengenai cara hasilkan rak gantung hexagon guna batang aiskrim.
Selain itu, sesetengah orang tidak mempunyai masa yang terluang untuk menghasilkan kerja-kerja diy sebegini. Disebabkan itu, mereka lebih memilih untuk membeli rak yang sudah siap berbanding membuatnya. Jika anda seorang yang berkemampuan, tidak sangat untuk membelinya. Tetapi jika ingin berjimat, boleh ikuti cara untuk menghasilkan DIY rak gantung hexagon ini.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Projek DIY buat hexagon box. Ralit betul membuatnya dan ambil masa dua hari sahaja nak menyiapkan. Bila sudah siap rasa puas hati yang teramat. Misi nak buat hexagon colorfull untuk letak dalam bilik anak pula nanti.
Ini adalah batang aiskrim yang digunakan untuk membuat rak gantung hexagon tersebut.
Langkah pertama permulaan proses diy ini, tampal batang aiskirm tersebut membentuk dimond dengan menggunakan gam.
Untuk proses batang berwarna seperti ini, ia mempunyai dua cara, satu adalah anda boleh membelinya scara terus di kedai, kedua anda perlu mengecat sendiri dengan warna kegemaran anda.