Semua pemilik rumah mahu memiliki kediaman dalaman rumah yang cantik dan menarik mengikut citarasa mereka. Kebiasaannya pada masa kini, ramai diantara kita hanya melakukan sendiri dekorasi rumah dengan cara DIY sahaja. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Nur Fatehah Ismail. Perkongsiannya adalah mengenai cara hasilkan batten wall pada bahagian bawah dinding.
Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian idea ubahsuai ruang tamu rumah dengan cara diy ini.
Pengalaman pertama deco dinding (batten wall) macam ni. ambik masa 5 hari jugak buat. Memang lawa lepas ni nak buat ruang tamu pula.
Keadaan sebelum diubahsuai. Abaikan bilik bersepah.
Bahagian dinding yang ingin dipasang batten wall dan telah siap dikemas barang yang bersepah tadi.
Batten wall mula dipasang dan dilekatkan dengan tape supaya ianya tidak jatuh dan bergerak dari tempat asal.
Setelah siap dipasang, proses seterusnya pula adalah dengan mengecat dengan warna pilihan yang diinginkan.
Beliau memilih warna burgundy pada bahagian bawah dinding tersebut.
Mula-mula cat dahulu dengan lapisan pertama.
Selepas itu buat sehingga tiga lapisan.
Inilah hasil setelah selesai dipasang batten wall.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba untuk deko rumah dengan cara diy. Semoga bermanfaat.