Cara DIY Wainscoting Kayu Dining Wall

Ditulis oleh
0

Kalau sebut pasal wainscoting semua orang mengenalinya dan tahu macam mana mahu mengayakannya sendiri dengan cara diy. Kalau dahulu pemilik rumah hanya mengupah tukang sahaja untuk membuat kerja wainscoting ini. Tetapi pada zaman kini rata-rata pemilik rumah mula belajar dan diy sendiri sahaja rumah mereka. Perkongsian kali ini adalah dari Ah Min Ah Putt. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy wainscoting kayu dining wall & pintu bilik dengan bajet RM380 sahaja!

Sebab kenapa ramai pemilik rumah cuba untuk mengayakan sendiri secara diy wainscoting ini salah satunya adalah dapat menjimatkan bajet. Semua orang sedia maklum bahawasanya pada ketika ini dimana dunia sedang dilanda pendemik dan keadaan ekonomi yang tidak stabil adalah punca orang ramai mula berjimat. Bukan sahaja mula berjimat dalam berbelanja harian malah juga mula berjimat dalam mendekorasikan rumah sendiri.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian projek yang dilakukan olehnya yang cantik dan menarik ini.

Cara DIY Wainscoting Kayu Dining Wall & Pintu Bilik Dengan Bajet RM380 Sahaja! :

Alhamdulillah, ada juga hasil sebelum PKPB ini tamat. Projek diy wainscoting kayu dining wall & pintu bilik. Guna wainscoting jenis kayu. Total hangus 380 ringgit. Selamat mencuba kepada yang ingin diy wainscoting  sendiri juga.

Ini adalah senarai barang yang wajib anda beli jika mahu berjimat dalam memasang wainscoting dinding rumah anda:

 

Link shopee kalau anda mahu membeli cermin secara online : https://invol.co/cl30kbe

Mesin Trim Router Perabot Kayu Wainscoting : https://invol.co/cl4jyjz

Wainscoting wood siap potong : https://invol.co/cl4jykm

Wainscoting Pvc Foam : https://invol.co/cl4jyml

Ini adalah peralatan bagi menjayakan diy projek wainscoting rumah ini.

Ini adalah keadaan pintu bilik semasa proses wainscoting sedang giat dilakukan. Permulaan hanya lekatkan kayu pada pintu untuk  menghasilkan bentuk dan gaya yang anda inginkan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak bergerak.

Ini pula adalah keadaan pintu selepas proses diy wainscoting selesai dilakukan. Sangat cantik apa yang dilakukan oleh pemilik rumah ini secara diy sahaja. Murah pula tu.

Ini pula adalah keadaan dinding semasa proses wainscoting sedang giat dijalankan. Caranya juga sama, Permulaan hanya lekatkan kayu pada dinding untuk  menghasilkan bentuk dan gaya yang anda inginkan. Jangan lupa lekatkan dengan pita pelekat supaya kayu itu tidak bergerak.

Projek DIY Wainscoting KayuIni adalah keadaan ruang dinding rumah dan pintu setelah kerja-kerja diy selesai dilakukan. Sangat cantik dengan bajet kurang dari 400 anda mampu lakukan wainscoting dengan kemas dan menarik.

Projek DIY Wainscoting Kayu

Projek DIY Wainscoting KayuItu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
0
Diterbitkan pada
Mac 22, 2021
Dikemaskini pada
Mac 22, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram