Cara DIY Wainscoting Dinding Dalam Masa 2 Hari

Ditulis oleh

Pada masa kini, Boleh dikatakan kebanyakan anak muda kurang berminat dalam mendekorasi dan mengubahsuai rumah sendiri. Tetapi itu bukan penghalang bagi insan yang bernama Ijat Hussin. Beliau telah membuat transformasi rumahnya dengan cara diy wainscoting dinding rumah hanya dalam masa 2 hari!.

Apa yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah semangat yang ditunjukkan oleh anak muda ini. Dengan daya imaginasi dan kreativiti yang beliau ada, beliau telah berjaya mengubahsuai dinding rumahnya dengan wainscoting yang menarik.

Walaupun masih muda, tetapi dengan keinginan yang beliau anda mampu menghasilkan dekorasi dinding yang cantik dan menawan dengan menggunakan konsep wainscoting secara diy. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang dikongsi oleh pemuda ini.

Cara DIY Wainscoting Dinding Rumah Hanya Dalam Masa 2 Hari! :

 

Harini saya Cuba buat waincoting. Alhamdulillah menjadi

Itulah apa yang dikatakan oleh pemuda ini setelah selesai melalukan ubahsuai dinding rumahnya dengan menggunakan konsep wainscoting pada dinding rumahnya.

wainscotingIni adalah gambar ketika beliau cuba untuk menyiapkan pelan dekorasi pada dinding dengan hasil kreativiti sendiri.

wainscotingProses-proses lakaran sedang giat dilakukan supaya hasil yang diperoleh memuaskan diri sendiri.

wainscotingIni adalah keadaan dinding setelah siap dilakar dengan lakaran untuk wainscoting nanti.

wainscotingProses-proses wainscoting diteruskan dengan melekatkan kayu pada dinding rumah.

wainscotingProses tampalan kayu wainscoting pada dinding sedang dipasang secara satu persatu dan dilekatkan dengan pita pelekat supaya kayu yang digam itu tidak tercabut.

wainscotingProses mengecat dinding waincoting diteruskan dengan cat putih terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna yang anda inginkan supaya lebih cantik.

wainscotingIni adalah hasil dinding yang telah siap diubahsuai dengan waincoting yang cantik dan menarik.

wainscotingIni pula adalah hasil keadaan dinding yang telah siap diubahsuai dengan gaya dan konsep baru iaitu wainscoting.

wainscotingItu sahaja perkongsian yang Giler Deco dapat kongsikan untuk anda pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk mendiykan sendiri dinding rumah anda dengan waiscoting.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 6, 2021
Dikemaskini pada
Mac 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram