Menghias atau mendekorasi ruang dinding rumah untuk kelihatan lebih menarik seiring dengan zaman sekarang adalah penting. DIY Dinding Bata Merah merupakan antara elemen dekorasi yang penting untuk rumah tampak lebih ‘hidup’.
Bukan sahaja pemilihan warna atau wallpaper yang lebih menonjol, malah anda juga boleh gunakan cara lain untuk menghidupkan dinding ini. Salah satu nya ialah melakukan DIY dinding bata merah yang hipster ini.
DIY tersebut telah dikongsikan di laman Facebook ini mendapat perhatian kerana beliau menggunakan teknik Brick Feature Wall. Kalau nak rumah nampak macam ala-ala Eropah atau lebih hipster, boleh cuba cara ini!
DIY Dinding Rumah Yang Lebih HipsterBosan tengok dinding rumah asyik cat kosong je? Mahukan lebih kelainan?Tambah-tambah bila masuk kafe hipster nampak lawa je feature wall kafe tu kan
Last-last dapat idea buat feature wall guna kaedah ni. Alhamdulillah.
Cara-cara membuat brick wall merah hipster :
1. Gunakan cat sejenis ini iaitu special effect momento paint. Cat ini merupakan layer untuk diy yang bakal dilakukan sebelum layer kedua dimasukkan.
2. Pertama sekali adalah anda perlu letakkan special effect paint pada dinding.
3. Buat line satu persatu menggunakan laser level 3. measurement sambil anda perlu kikis garisan tersebut.
4. Pastikan dengan menggunakan line tersebut iakan menampakkan macam bentuk bata seperti di bawah.
5. Kemudian, untuk menampakkan effect brick tersebut, mestilah kena letakkan warna bukan? Terpulang kepada anda tetapi kalau inginkan nampakkan seperti bata yang betul, mestilah kena guna warna merah sebegini.
6. Pastikan anda buat garisan putih mengikut kepada bentuk bata tersebut. Garisan putih tersebut adalah untuk menampakkan lagi rupa bentuk batu bata tersebut.
7. Hasilnya sangat gempak! Memang nampak ruang di dalam rumah lebih eksklusif dan suatu tempat lain dari lain.
Selamat mencuba semua!
Sumber : Painthub Hassan Hardware