Guna Shera Plank Hasilkan DIY "Pagar" Kebun Mini

Ditulis oleh

Jika sebut mengenai shera plank rata-rata ramai yang sudah mengetahuai apa itu shera plank. Tidak hairan lah shera plank kini menjadi trande oleh kerana bentuk dan corak yang menarik untuk digunakan pada dinding rumah. Perkongsian kali ini adalah dari saudara Shahril Azhari Jumari. Perkongsiannya adalah mengenai guna shera plank hasilkan diy "pagar" kebun mini belakang rumah simple dan mudah.

Bukan itu sahaja. Selain digunakan untuk dijadikan dinding rumah. Shera plank juga pada masa kini bnyk digunakan untuk hiasan luar rumah seperti pagar dan sebagainya. Ingin tahu kenapa sebab pada masa kini shera plank ini sering digunakan?. Penggunaan shera plank menjadi trend pada ketika ini adalah kerana share plank tahan lama dari kayu yang lain.

Jom sama-sama kita saksikan beberap gambar perkongsian yang ingin dikongsi oleh saudara ini.

Guna Shera Plank Hasilkan DIY "Pagar" :

Hari ni buat pagar kebun sekangkang kucing kat belakang rumah. 5'x10'. Dapat la menyorok-nyorok sikit masa acah-acah berkebun dengan jiran belakang. Sebelum ini chain link hijau tu je.

Kali ni buat pakai Shera Plank. Cement fiber board dengan texture kayu yang weatherproof disaluti waterbased timbershade paint yang tahan hujan panas juga.

Barang-barang macam self drilling screw dan cat beli kat shopee, Shera plank order dekat kilang diorang hantar dengan lori.

 

Ini adalah keadaan sebelum dan selepas keadaan belakang rumah yang dijadikan taman mini. Sebelum ini macam anda lihat hanyalah pagar jaring yang tidak ada privasi, Bila tukar shera plank barulah kelihatan agak tertutup sedikit.

shera plankIni adalah senarai peralatan yang digunakan dalam penghasilan diy pagar  kebun mini ini.

shera plankIni pula adalah keadaan dari dalam kebun mini dengan menggunakan pagar shera plank dengan cara diy. Cantik bukan?

shera plankItu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dan memberi inspirasi dalam cuba untuk diy kawasan belakang rumah anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
April 11, 2021
Dikemaskini pada
April 11, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram