Pada masa kini, pemilik rumah lebih suka berjimat cermat dalam membeli perabot dan segala peralatan kerana harga perabot yang makin tinggi dan mahal. Jadi, jika mahu berjimat cermat, cara yang paling terbaik adalah dengan membeli kayu plywood serta bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan almari baju secara diy.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Alhamdulillah siap projek almari 8×8×2
Ini adalah keadaan tempat simpan baju sebelum almari siap dihasilkan secara DIY.
Proses mengukur dan pemasangan kayu pada plywood dengan menggunakan kayu 1x2x8.
Kayu yang diukur tadi dipotong dengan menggunakan gergaji kayu.
Kayu tersebut selesai dilekatkan pada plywood tersebut. Seterusnya pula adalah proses pemasangan bagi membentuk almari baju.
Kerangka kayu tadi mula dicantumkan dengan plywood yang telah dilekatkan dengan kayu untuk membentuk teras yang kukuh supaya tidak mudah roboh.
Ia dilekatkan dengan menggunakan skru. Untuk memudahkan kerja, boleh guna drill yang khusus untuk skru.
Inilah hasil almari yang dilakukan secara diy tersebut setelah siap.
Pada bahagian dalam tersebut ditampal dengan wallpaper supaya ia kelihatan lebih kemas dan menarik.
Pandangan penuh dari dalam keadaan almari tersebut.
Keadaan dari luar almari setelah selesai dibuat secara diy.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dalam melakukan kerja-kerja diy seperti ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.